Connect with us

Artis / Selebriti

” Saya bajet time tu saya tak nak nangis. Konon la bro.. ” – Datuk Yusry

Video Johan Raja Lawak mengusik Datuk Yusry Abdul Halim gara-gara video menangis ketika menyambut kepulangan Datin Lisa buat ramai terhibur. Sampai merah padam muka Yusry, pandai betul Yusry cover. Ini sebenarnya yang terjadi pada ketika itu..

Umum mengetahui Datin Lisa Surihani telah pun selamat kembali ke tanah air selepas mengerjakan ibadat haji baru-baru ini. Video anak-anak Datin Lisa dan suaminya, Datuk Yusry menyambut kepulangannya di lapangan terbang menjadi tular dan mendapat perhatian warganet.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana di konti Hot FM ketika Datuk Yusry menjadi tetamu jemputan pagi tadi. Salah seorang penyampai Hot FM iaitu Johan menyakat Datuk Yusry dengan bertanyakan kejadian sebenar yang terjadi ketika di lapangan terbang itu.

Kata Datuk Yusry, dia memberi peluang untuk anak-anak memeluk Datin Lisa terlebih dahulu. Sebelum ke lapangan terbang lagi, Datuk Yusry sudah bertekad untuk tidak menangis. Tambah Datuk Yusry lagi, dia merasakan dapat mengawal perasaannya ketika bertemu isteri tercinta.

Namun lain jadinya apabila Datin Lisa berada dalam pelukan. Air mata kerinduan tertumpah juga, namun Datuk Yusry berseloroh mengatakan dia tidak menangis dan memberi alasan semuanya adalah gara-gara angin aircond yang kuat mengena matanya.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :

” So sweet la Dato Yusry. Mmg green forest habis. Aircond pasrah disalahkan jdi punca mata datuk yusry pedih… bende boleh salahkan aircond kaaannn haha.. “

” Empangan pecah jugak bila rindu terubat hehe. yelaa….salah aircond la bro.. comel je yusry ni. baik punya cover haha.. “

” Arr cute.. ekon yang salah ni.. Mana ada nages.. masuk habuk tu haha.. salahkan aircond pulak. Lisa pun gelak dengar ayat yusry tu.. “

” Johan bab membahan memang tak controll ekkkk haha.. lawak lak tengok muka yusry malu malu kena kacau tu.. comel je.. “

” Alamak ni semua salah aircond.. kuat sangat sampai berair mata yusry kena aircond.. bukan nangis tau semua, haha.. merah muka yusry kena sakat dengan johan, nakal lah johan ni.. “

” Yela yela, kami percaya semuanya salah aircond haha.. tapi sumpah sweet sangat yusry ni. punya lah dia rindu kan lisa sampai bergenang airmata time tu.. “

” Mana nak cari suami macam yusry ni eh. betul lah dia cakap, call tu lain, bila dapat peluk dalam dakapan tu, feel dia lain. tu yang auto menangis tanpa sengaja tu.. “

Seronok mendengar Johan menyakat Datuk Yusry, sampai merah muka Datuk Yusry dibuatnya. Penangan rindu seorang suami terhadap isterinya yang tidak pernah berpisah walau sehari, aircond dipersalahkan pun kami terima alasan Datuk Yusry tu. Semoga berbahagia selalu Datuk Yusry dan Datin Lisa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hot FM

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Farm Fresh Full Cream

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
🎬 Hiburan: HiburanPendidikan💻 Teknologi: Teknologi📰 Berita⚽ Olahraga: Olahraga💰 Ekonomi: Ekonomi🏥 Kesehatan: Kesehatan🏛️ Politik: Politik
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized