Artis / Selebriti
” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
Video anak Syamel dan Ernie Zakri, Khawla Solehah merajuk kata daddy tak sayang dirinya buat ramai terhibur. Boleh pulak Lala petik lagi nama Sabronzo Dolla. Ingatkan Ernie gelak awal tu dah selamat, rupanya bagi bombastic side eye. Habis lah Syamel, haha..
Bagi yang mengikuti perkembangan pasangan penyanyi terkenal, Ernie Zakri dan Syamel, pasti mengetahui bahawa mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang comel bernama Nur Khawla Soleha. Khawla yang semakin membesar sering mencuri perhatian ramai dengan keletahnya yang petah bercakap, bijak serta menghiburkan.
Terbaharu, menerusi sebuah video yang dikongsikan di akaun TikTok ernienatorsmy, kelihatan Khawla sedang meluahkan perasaannya kepada kedua ibu bapanya. Gelagat spontan si kecil itu mengundang pelbagai reaksi di kalangan warganet yang terhibur dengan kata-katanya.
Menerusi video tersebut, Khawla mendedahkan bahawa dia telah menulis pada bukunya bahawa daddynya, Syamel, tidak menyayanginya. Pengakuan jujur daripada Khawla itu membuatkan suasana menjadi riuh apabila kedengaran suara Syamel pantas menafikan perkara tersebut. Pada masa yang sama, Ernie yang berada di sisi anaknya turut ketawa mendengar luahan hati Khawla.

Namun, cerita Khawla tidak terhenti di situ sahaja. Dengan penuh yakin, Khawla turut memberitahu bahawa dia juga ada menulis bahawa daddynya menyukai Sabronzo, iaitu salah seorang anggota kumpulan Dolla. Kenyataan yang keluar dari mulut Khawla itu membuatkan kedua ibu bapanya tidak dapat menahan ketawa.
Tonton video di bawah ini :
@ernienatorsmy harap bang mel tidur nyenyak malam ni 😆🫣 #erniezakri #syamel #khawlasoleha #livehighlights #fyp
Di ruangan komen, ada yang menyakat Syamel setelah memberikan respon seperti itu dan terhibur melihat wajah Ernie. Antara komen tersebut adalah :
” Ingatkan ernie gelak awal tu dah selamat. rupanyaaa bombastic side eye.. Hahaha habis lah Syamel, habis lah.. “
” 1st statement je Bang Mel lantang menidakkan nya hahaha.. Yang 2nd statement langsung senyap.. Siap i likeee.. “
” dia menambah “i likeeee” pulokkkkk….memintakk.. Cari pasal, pastu kelako jugakk tadi yg Lala takut2 pulakk nak cakap Ahu suka Afiq Sky depan daddy dia, sampaikan Abu cakap “takpe2 cakap ja” .. “
” Lawak betul khawla.. Suara dah macam kartun.. Lala ni saja kan cucuk2 bagi daddy kena marah, hahahaha.. “
Apa yang lebih mencuit hati, Syamel memberikan reaksi yang tidak disangka-sangka apabila secara berseloroh mengatakan ‘I like‘ mendengar perkara tersebut. Jawapan spontan Syamel itu membuatkan suasana bertambah lucu, malah mengundang gelak tawa daripada mereka yang berada di situ.

Lebih menghiburkan, Ernie sempat memberikan reaksi ‘side eye‘ setelah mendengar kenyataan suaminya itu. Gelagat bersahaja pasangan suami isteri tersebut bersama Khawla mencuit hati ramai. Warganet terhibur melihat kepetahan Khawla bercakap dan menyifatkan keluarga kecil ini sentiasa menghiburkan dengan telatah mereka yang spontan dan penuh kasih sayang.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok ernienatorsmy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

