Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen

Shuib Sepahtu kongsi video gelagat Ariq Matin menyanyi dan menari ala-ala The Jackson 5 buat ramai terhibur Amboi Matin, bukan main ligat lagi menari. Suara Matin makin padu. Part tangan menggentel tu lawak, haha.. 

Selepas Thalita, kini 2 lagi anak-anak Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah Raissuddin iaitu Uwais Al-Qarni dan Ariq Matin pula mula menunjukkan bakat nyanyian mereka. Uwais dan Matin memiliki suara yang merdu dan ada daya tarikan tersendiri di mata warganet.

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Matin ketika berada di rumah. Kelihatan pada awal video tersebut, Thalita berada bersama Matin dan memberikan sokongan kepada Matin untuk menyanyi.

Lagu The Jackson 5 dinyanyikan oleh Matin bersama rentak tarian yang menarik. Ramai di kalangan warganet terhibur melihat gaya Matin yang santai dan spontan itu. Matin sememangnya diketahui memiliki sifat kelakar sama seperti Shuib dan ada sahaja ideanya untuk menceriakan orang di sekitarnya.

Warganet memuji suara Matin yang semakin bagus dari segi kawalan suara dan lontarannya. Matin memiliki pakej seorang penghibur dan mampu menarik perhatian warganet untuk terus menonton video tersebut sehingga akhir. Seronok warganet melihat Matin menyanyi sambil menari.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :

” Fuhh go matin go.. wow sangat tau Matin ni.. power weh suara dengan tarian dia tu.. terhibur tengok telatah Matin ni.. ada aura penghibur.. “

” Tengok matin mesti nak gelak/senyum tengok karakter dia spontan.. So next TTMM Uwais ke Matin ni hahah.. dua dua ada bakat besar.. rugi kalau tak gilap dan ketengahkan.. “

” Wow suara Matin, ya tuhan matin kamu memang penghibur.. Cutenya Anak-anak semua orang showbiz.. close enough, welcome back matin jackson. harap shuib boleh jadi versi baik joe jackson.. “

” Michael Jackson is my all time favorite singer, and you are my next favorite too Matin.. style matin style.. “

” Wow matin sedap suara tahun depan matin boleh masuk ttmm.. well done matin, amazing sangat nyanyian dan tarian tu.. smooth je eh.. “

” Uuu pun dah sedap, ok lock Matin untuk next TTMM. besar bakat anak semoleh ni. keep it up Ariq Matin.. Hebat lah Matin, steady.. “

” Haha.. suke tengok matin.. random betul dia ni.. Tangan kiri bleh duk diam2 dak? hahaha .duk menguis-nguis.. terbaik la Matin siap dengan step bagai.. “

Tidak hanya Thalita dan Uwais, Matin juga ada bakat besar yang boleh digilap untuk menjadi seorang penyanyi. Kuat sungguh aura penghibur dalam diri Matin. Tidak mustahil, Matin juga boleh menjadi sepopular Thalita nanti. Semoga Matin akan terus berlatih dan tunjukkan kepada semua bakat yang Matin ada.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shuib Sepahtu 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
💰 Ekonomi: EkonomiPendidikan🎬 Hiburan: Hiburan🏥 Kesehatan: Kesehatan💻 Teknologi: Teknologi⚽ Olahraga: Olahraga🏛️ Politik: Politik📰 Berita
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized