Connect with us

Artis / Selebriti

” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Fazley Yaakob membawa bekas isterinya, Azrene Soraya bertemu Dato’ Seri Vida dan Cik B buat ramai tersentuh. Moment Azrene peluk Cik B tu sebak sangat tengok..

Hubungan baik yang terjalin antara bekas pasangan suami isteri sering menjadi perhatian ramai, apatah lagi apabila kedua-duanya mampu mengekalkan silaturahim demi kebaikan bersama. Inilah yang ditunjukkan oleh satu perkongsian terbaru di akaun Tiktok Dato’ Seri Vida.

Terbaharu, Dato’ Fazley Yaakob dilihat membawa bekas isterinya, Azrene Soraya Abdul Aziz bertemu usahawan terkenal Dato’ Seri Vida dalam satu pertemuan yang cukup mesra dan penuh kasih sayang. Dato’ Fazley mula akrab dengan Dato’ Seri Vida sejak menyertai program Talk To My Manager musim kedua.

Momen tersebut mencuri perhatian ramai apabila Azrene dilihat begitu ramah dan penyayang terhadap anak Dato’ Seri Vida iaitu Cik B. Malah, Azrene turut memeluk Cik B sebanyak dua kali, memperlihatkan hubungan yang sangat baik dan penuh keikhlasan antara mereka.

Moment mereka yang saling menghormati dan bertegur sapa dengan penuh mesra membuatkan ramai netizen tersentuh. Walaupun Dato’ Fazley dan Azrene sudah membawa haluan masing-masing, hubungan baik yang masih terjalin jelas membuktikan bahawa perpisahan tidak semestinya memutuskan ukhuwah.

Jom tonton video di bawah ;

@dsv_officialmall

Alhamdulillah dapat bersama insan2 yang hebat, baik hati , penyayang dan saling menghormati 🥹 Semoga Allah sentiasa menjaga ukhwah kita dengan baik 🤲🏻 #fypシ゚viral

♬ Memori Berkasih – SekilasJiwang

Perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi positif daripada orang ramai yang memuji kematangan kedua-duanya dalam mengekalkan hubungan yang harmoni serta saling menghormati antara satu sama lain. Antara komen-komen yang diberikan adalah :

” Aku klu ada peluang.. 2 org yg aku nk peluk.. cik B ngn harszan. Cantik sgt datin azreen.. cikb ni sape je tak sayang walau tak penah jumpa.. “

” Kadang2 berpisah kerana mereka selesa bersendirian dan selesa tanpa ikatan.. plot twist.. anak mereka pulak sebenarnya berjodoh… “

” Ntah knp bila tgk vtt cik B hati rasa sejuk & sayu.. Mesti cik b seorang anak yg sgt baik. DSV sejak kebelakangan ni pun cantik je, x ada makeup over dah.alhamdulillah.. “

” Kita jer yg menjodoh2kan dia orang. hakikatnya mereka memang ikhlas untuk menjalin ukhwah di antara 2 keluarga. Kita selalu tengok macammana Cik B mmg baik hati dan sayang pada kawan2.. “

” Comel datin azreen, org nya sweet je, nampak manja, siap peluk cik b 2 kali, allah tarik 2 org ank Dato DSV ke syurga, tp di dunia allaH… “

” Suka sgt tegok pasangan yg dh bercerai,tp mereka masih baik.mcm nilah yg kita nak tegok.bkn bermusuh. aku pun bergenang air mata… semoga bahagia selalu.. “

” Nth la tp hati aku ni rasa mcm DSV ni mcm jd je dgn Dida. dari pandangan Dida dlm situasi ni, Dida bwk ex wife knlkn dgn family DSV. kita doa yg baik2 je. sb DSV pn ada hak untuk bahagia.. “

Semoga ikatan persahabatan yang terjalin ini terus berkekalan dan menjadi contoh terbaik kepada masyarakat bahawa hubungan yang dibina atas dasar hormat, kasih sayang dan keikhlasan mampu terus mekar walaupun status hubungan telah berubah.

Silakan SHARE..

Sumber : TT Dsv Officialmall

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Maybelline

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
💻 Teknologi: Teknologi⚽ Olahraga: Olahraga💰 Ekonomi: Ekonomi🎬 Hiburan: Hiburan🏥 Kesehatan: Kesehatan🏛️ Politik: PolitikPendidikan📰 Berita
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized