Connect with us

Artis / Selebriti

” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen

Video persembahan Thalita menyanyikan lagu single terbarunya, Bayang Kelam yang merupakan OST drama Isteri Rahsia Ungku Jaabar. Fuh power betul suara Thalita. Penghayatannya dahsyat, menusuk ke hati. Tak ubah macam suara arwah Siti Sarah..

Siapa sangka, anak perempuan arwah Siti Sarah dan Shuib Sepahtu, Thalita akan popular seperti sekarang. Vokal Thalita jauh berbeza di awal kemunculannya berbanding vokalnya sekarang. Thalita membuktikan dia sememangnya berbakat dan tidak menumpang populariti arwah ibunya.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram MeleToP dan Bambam Studios, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan terbaru Thalita di rancangan hiburan MeleToP. Sebagaimana yang pernah diwar-warkan sebelum ini, Thalita bakal muncul dengan single terbarunya berjudul Bayang Kelam.

Lagu OST drama Isteri Rahsia Ungku Jaabar ini menjadi siulan ramai kerana irama dan melodinya yang sedap didengar. Lagu ini asalnya menggunakan vokal dan visual yang dijanakan oleh AI dinyanyikan semula oleh Thalita dengan gaya dan caranya yang tersendiri.

Nyanyian oleh Thalita yang penuh penghayatan ini menyentuh hati warganet. Suara Thalita tidak ubah seperti suara ibunya. Hari demi hari, Thalita semakin dapat menguasai teknik nyanyian yang sempurna. Tidak mustahil, Thalita bakal menjadi penyanyi sehebat Sarah sedikit masa sahaja lagi.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11,000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :

” Kalau dgr tanpa tahu siapa gerangan penyanyi nya xkan dpt xpect pemilik suara nya hnya berusia 13 tahun.. “

” Thalita.. merdu sgt2 walau dlm nada bersahaja, yg tak perlu menekan-nekan.. semoga mencipta nama di industri muzik msia sptmana arwah ibu.. “

” Lagu nie berhantu… Sedap.. Matang betul suara Tata.. Lagu ni ada aura dya tersendiri best sgt ii good job talita.. Ada part suara lirik ‘hanya kau jalan keluar dari siniii’ betul2 hujung2 suara tu mcm suara arwah ibunya.. “

” Sedapnya lagu ini, suara Tata makin sedap.. baru tahu ni lagu Tata, sedap sangat.. suara tu masya Allah, sedap gila gila dah.. suara arwah ibu dah turun dkt thalita.. dasyat suara dia… Pdhal bru 13 tahun.. “

” Woww…this is killer song. She has the X factor. Well done Thalita. .apa pun bidang…buat sgguh2…dekta sgt berbakat….fly high dekta… suaramu mengingatkan pada arwah ibumu.. “

” Dia punya menghayati tu sampai ke hati.. Part “Oh Tuhan…….” sbijik suara arwah mak dia.. Tercari2 gak siapa punya lagu ni..power suara Talita…tiba2 nmpk Nilam n ungku Jabar.. “

” Sumpah xtaw lagu dekta. feel btoi nyanyi tahniah dekta leh p jauh ni.. merinding suara dekta ni, bayangan ibu sangat.. sumpah sdp, lg sdp dr AI.. “

” Tq thalita sebab ubati rindu kami terhadap ibu awak..cara penyampaian awak,lenggok suara awak tak tumpah seperti siti sarah Moga awak terus sukses dan berjaya seperti ibu awak.. “

Banyak kemajuan dalam vokal Thalita dan ianya sesuatu yang boleh dibanggakan untuk remaja berusia 13 tahun ini. Seandainya Siti Sarah masih ada, pastinya Siti Sarah akan bangga dengan pencapaian Thalita ini. Semoga lagu ini akan menjadi hits dan menaikkan lagi nama Thalita dalam persada seni tanah air.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Meletop

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Cosmoderm

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
🎬 Hiburan: HiburanPendidikan💰 Ekonomi: Ekonomi🏥 Kesehatan: Kesehatan🏛️ Politik: Politik⚽ Olahraga: Olahraga💻 Teknologi: Teknologi📰 Berita
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized