Artis / Selebriti
” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
Video anak sulung Shuib Sepahtu, Uwais Al-Qarni menyanyi lagu Dato’ Jamal Abdillah, Seniman Menangis raih pujian ramai. Alahai lunak dan sedap betul suara Uwais ni. Tone suara unik gabungan suara Siti Sarah dan Raissuddin. Tarik nada tinggi pun smooth je..
Anak sulung Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah Raissuddin iaitu Uwais Al-Qarni antara anak selebriti yang menjadi perhatian warganet. Selain berkebolehan dalam sukan golf, Uwais juga berbakat dalam bidang nyanyian dan bermain alat muzik.
Menerusi perkongsian di akaun Intagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan nyanyian terbaru daripada Uwais. Lagu berjudul Seniman Menangis yang didendangkan oleh Datuk Jamal Abdillah dinyanyikan dengan cukup baik oleh Uwais.
Suara Uwais itu mendapat pujian daripada warganet yang menonton video tersebut. Memetik komen warganet, Uwais ada tone suara yang unik dan suara yang sedap didengar. Suara anak muda ini seakan-akan gabungan suara arwah Siti Sarah dan Raissuddin Hamzah.

Warganet juga teruja melihat gaya Uwais menyanyi yang santai sahaja. Walaupun menyanyi sambil duduk, Uwais dapat menarik suaranya menyanyikan part high note lagu tersebut dengan smooth. Tak puas warganet mendengar suara Uwais yang lemak merdu itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Bestnya tone dia.. ” – Haqiem Rusli
” Pemalu sunggu Uwais.. suara sedap sangat tu .. tahun depan mesti masuk ttmm k.. Jangan simpan emas Abang Shuib, suara uwais ni ada sesuatu.. “
” Sedap Wais nyanyi, sampai sini la terasa feel tu.. Please TTM 3 nanti uwais join . Biar atok jadi manager hehehe.. “
” Actually uwais ni ada something yang dia masih pendam.. dia dah keluar kan sikit2.. memiliki kelunakan suara yg buat org tak boring dgr.. mantap.. “
” Selalu yg tak ke depan ni, mesti ade bakat terpendam kan. Tetahu ade lg sorang suara emas.. ingat arwah Sarah.. Style dia Tarik ada mcm ibunya.. “
” Uwais hebat lah.. blh pgi jauh, tngk uwais ingt Aizat Amdan.. moga dpt colab buat lagu ke nti.. macam gitu je Uwais tarik ya, sambil duduk eh.. “
” Uwais…. bakat terpendam. sedapnya suara. barang baik ni suara Uwais.. ada rezeki boleh buat single.. unik suara dia.. sambil duduk pulak tu, ni padu sangat dah ni.. Power boleh capai high note.. “
” Wah sedapnya tone suara Uwais ni.. unik gabungan suara ibu, atok dan daddy dia ni.. sumpah sedap, beautiful voices.. “
Uwais ada tone suara yang sangat merdu dan unik yang mampu menawan hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Mungkin bakat yang Uwais ada ini, sudah tiba masanya untuk diketengahkan dan digilap, supaya dapat menjadi bintang yang bersinar seperti arwah Siti Sarah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masya Allah, cantiknya Kak Pila. Tergugat anak dara ni, hampir tak cam tadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hari ini mummy tidak kehilangan seorang anak, tetapi mummy.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya hubby Kak Fila ni. Manis je muka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ada perkara yang kita tidak boleh jangka kan, jadi saya.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jangan cuba-cuba nak berhenti sekarang. Kalau berhenti, saya report polis, haha.. ” – Abby Abadi

