Artis / Selebriti
” Kuat membebel Bunga, ikut perangai siapa ni, haha.. ” – Sheila Rusly
Sheila Rusly Kongsi Video Gelagat Comel Cucunya, Bunga Elhaq Sedang Membebel Buat Ramai Terhibur. Pasrah Jer Dadda Dengar Bunga Bebel. Part Last Tu Comel Sangat, Malu-Malu Bunga Bila Nanna Kantoi Tengah Rekod Video Dia Membebel, Haha !!
Umum mengetahui yang pelakon dan pengarah drama, Sheila Rusly dan suaminya, Jinggo atau mesra dengan panggilan Tok Sidang memiliki seorang cucu perempuan menerusi perkahwinan anak sulung mereka, Uzair Haqimy bersama pelakon Elisya Sandha iaitu Bunga Elhaq.
Sheila juga sering berkongsi perkembangan Bunga menerusi akaun Instagram miliknya. Terbaru, Sheila memuatnaik video yang memaparkan Bunga bersama Tok Sidang yang dipanggilnya Dadda. Menerusi video tersebut, Bunga seperti sedang membebel.
Pada awalnya, Tok Sidang cuba memahami apa yang diborakkan oleh Bunga. Selepas itu, kedengaran Bunga mula bertanya kepada daddanya ke mana daddy dan mummynya pergi. Namun selepas itu, Bunga mula sedar yang telatahnya sedang direkod oleh Sheila dan akhirnya Bunga terus tersenyum malu.

Seloroh Sheila di ruangan kapsyen mengatakan yang Bunga sekarang kuat membebel. Telatah Bunga tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa geram mendengar Bunga membebel. Sehingga kini, video terbaru Bunga ini menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur mendengar bebelan Bunga dan memuji Bunga seorang anak yang comel. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tu diaaa..Kantoi Complaint Kat Atok diaa.. Awww too cute.. Dada fhm tak tu dada 1st part tu, hahahaha.. Geram betul kita tengok Bunga ni, hehe.. “
” So cutee.. Daddy mommy work ni mmg jawapan universal utk semua, haha.. Comey bila kantoii video tengah rekod trus malu, haha.. “
” mpai terjengket jengket dia mngadu dkat atok.. Pasrah je si atok tu pun dengar cucu bebel.. Hahhaa last2 tanya mana daddy n mummy, hhee comel.. “
” Cucu nana sangat lah ni.. Dah la muka pun nana, perangai kuat mengadu bebel pun sama, hahaha.. Comel sungguh cucu sis Sheila.. “
” So cute and clever girl lah Bunga.. Bahasa jerman ka bunga cakap tu, hahahaa.. kita dengar pun rasa terbelit lidah, hahahhaha.. “
” Cute tengok Tok Sidang melayan cucu.. Mesti manja sangat kan Bunga dengan tok sidang, tengok cara dia mengadu pun kita tahu.. “
” Hahahaha dada pn melayan laaaa comel dua beranak ni… Yg nk tergelak tu “dada sorry aaa”.. Daddy where where.. Mummy.. Siap tanya uncle lagi, hehe.. “
Pejam celik, pejam celik, sekejap sungguh cucu kesayangan Sheila ini membesar dan sudah pandai membebel sekarang ini. Apa-apa pun semoga Bunga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sheilarusly
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

