Connect with us

Artis / Selebriti

” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen

Video Bunga Elhaq bersembang sambil menemani daddynya, Uzair Haqimy makan buat ramai terhibur. Alahai non stop Bunga bercakap, syok dengar dia speaking. Pandai Bunga bersembang, dah macam orang besar..

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Uzair Haqimy, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan perbualannya bersama anak perempuannya, Bunga Elhaq. Ujar Haq, Bunga bakal menginjak usia 4 tahun tidak lama lagi.

Haq turut memberitahu di ruangan kapsyennya, moment ini dirakamkan ketika Haq pulang dari pejabat. Walaupun sudah malam, Bunga belum tidur kerana tidak sihat dan tidak akan ke sekolah pada keesokan harinya. Memandangkan Elisya perlu ke kedai untuk membeli barang, Bunga menawarkan dirinya untuk menemani Haq makan.

Sepanjang makan, banyak yang diperbualkan oleh anak dan ayah ini. Bunga sangat pandai bercakap dan fasih berbahasa Inggeris. Antara yang ditanyakan oleh Bunga adalah mengenai pekerja daddynya. Mendengar perbualan ini, ramai yang memuji gaya percakapan Bunga.

Cara haq bercakap juga disamakan oleh warganet seperti cara ayahnya, Jinggo. Intonasi yang sama dan penuh kelembutan melayani Bunga berborak. Warganet juga suka melihat bonding time antara Haq dan Bunga. Haq mengikuti cara kedua ibu bapanya dalam mendidik anak-anak.

Jom tonton video di bawah :

Lebih 4000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :

” Cute sembang macam orang tua. Bunga ..beauty with brain.. Love talk camnie..semoga membesar dgn sihat,bijak n selalu dlm lindungan rahmat Allah.. “

” Alahaii sukanya tengok bunga.. Bijak lah bunga ni. comelnya bunga..sampai habis tengok..so cute.. Beautiful nii klau da grow up.. “

” Comel bunga.. so clever. Cutenya bunga…moga jadi anak solehah..clever girl.. Ayah adalah cinta pertama anak perempuan.. “

” Pandai dia sembang dengan daddy.. She is just so so adorable.. makin bijak bunga ni bercakap.. such a good Dad son.. ” 

” Anak2 mmg gini ea… xnak makan so dia akan cakap “mom, perut saya sakit”… but then mom dah tahu this kind of excuse, soooo mom will “ohh really?? Jom pergi hospital jumpa doctor” then perut terus gone for good hahhahahha.. ” 

” Alahai sweetnya bonding daddy n bunga. bunga semoga membesar dengan sihat, bijak pandai.. Tone daddy bercakap macam Dadda dia juga. Moga Bunga membesar jadi anak solehah yang berjaya dunia akhirat. Aamin.. ” 

” Masha Allah Bunga very good girl & able to communicate well… this is how children grow in a good family. Syabas. Her session with Dada also fun! Yang best sesi dia cakap Daddy & Dada tetap enjoy makan buat kita rasa makan sama.. ” 

Seronok warganet mendengar perbualan antara Bunga dan daddynya itu. Haq pandai berkomunikasi sebagai seorang ayah dan itu memberikan impak besar dalam tumbesaran Bunga. Semoga Bunga menjadi anak yang solehah dan kebanggaan keluarga apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Uzairhaqimy69  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

CeraVe

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
⚽ Olahraga: Olahraga💰 Ekonomi: Ekonomi🏥 Kesehatan: Kesehatan🎬 Hiburan: HiburanPendidikan🏛️ Politik: Politik💻 Teknologi: Teknologi📰 Berita
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized