Connect with us

Artis / Selebriti

” Suka sangat Dato’ Aliff ni sebab confident pergi dulu. First time tengok Amayan terhibur.. ” – Komen Netizen

Video DS Aliff Syukri menyanyi lagu nasyid kumpulan Rabbani ketika sedang Live buat ramai terhibur. Sempat lagi tukar lirik dan mengata Amayan. Berdekah DS Shahida gelak, Amayan pun gelak sama. Jarang tengok Amayan terhibur macam ni, hehe..

Usahawan sensasi Dato’ Seri Aliff Syukri sekali lagi menghiburkan netizen apabila beliau tampil menyanyikan lagu nasyid popular Rabbani berjudul Satu Qiblat Yang Sama ketika sedang membuat sesi siaran langsung di media sosial baru-baru ini.

Menerusi sesi live tersebut, isterinya Datin Seri Shahida turut berada di sisi sambil melayan telatah suaminya yang menyanyikan lagu berkenaan penuh yakin walaupun menerima pelbagai komen lucu daripada netizen. Namun, apa yang paling mencuri perhatian ramai ialah reaksi anaknya, Ammar Ahyan.

Amayan dilihat sangat terhibur mendengar nyanyian bapanya itu. Malah, ramai menyedari Amayan kelihatan begitu gembira dan tidak berhenti tersenyum. Jarang sekali melihat wajah Amayan tersenyum kerana Amayan selalu dengan wajahnya yang serius.

Walaupun suara Dato’ Seri Aliff dianggap “lari tempo” dan ada yang menyamakan nyanyiannya seperti lagu Hindustan, ramai tetap terhibur dengan keyakinannya. Selain menghiburkan, video live tersebut juga membuat ramai ketawa.

Jom tonton video di bawah :

@anis.pana

♬ original sound – Pana – Pana

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Amayan mudah terhibur ngan abah.. syahdu nya suara Dato.. first time tengok amayan terhibur.. baru nmpk ammar senyum.. “

” Hi Amaian Ai. Aliff sumbang suara ko.. betul datuk..datuk paling hensem, Adoi!! Sedap pula hujung3 tuuu.. sedap jgk dato nyanyi nasyid..baru kena.. “

” Saya ne tengah tak ada mood banyak fikkran bila tgok ne ya Allah tergelak la juga.. Tak pasal2 nak kene search balik lagu rabbani ni .. “

” Nasyiddddd sgt dato. MCM ala Hindustan je datuk nyanyi.. dato tolong buat konsert kat perlis. sana dah lama x hujan.. “

” Aku suka sangat Dato Aliff ni sebab confident pergi dulu.. aku salut sama datuk. ngak perduli suaranya bagus tapu tetap percaya klu dia bisa nyanyi.. “

” Dato Alif ni bab nyanyi buat aku teringat kn character Giant dlm Doraemon.. confident dia mmg A+ datok ni kalau sudah melawak bikin ketawa semua orang.. “

” Bakat dato’ ni dalam seni memang zero, tapi saya perati kejayaan sebenar beliau adalah selalu start berniaga awal pagi, kat tiktok ni la saya selalu terperasan.. “

Di sebalik usikan netizen, ramai sebenarnya kagum dengan sikap sporting dan keyakinan Dato’ Seri Aliff Syukri yang sentiasa tampil menghiburkan pengikutnya tanpa malu atau terlalu memikirkan kritikan orang ramai. Disebab itu masih ramai gemar menonton sesi live Dato’ Seri Aliff.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Didie Alias

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

CeraVe

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
💻 Teknologi: Teknologi🏛️ Politik: Politik⚽ Olahraga: Olahraga🏥 Kesehatan: KesehatanPendidikan🎬 Hiburan: Hiburan📰 Berita💰 Ekonomi: Ekonomi
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized