Connect with us

Artis / Selebriti

” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad

Respon bekas isteri Dato’ Fazley Yaakob, Azrene Ahmad apabila ada yang mempersoalkan dirinya jarang berkongsi mengenai anak-anak di media sosial selepas bercerai. Ini respon tuan badan sendiri..

Meninjau di akaun Instagram milik bekas isteri Dato’ Fazley Yaakob iaitu Azrene Ahmad, telah dikongsikan satu hantaran yang mencuri perhatian ramai. Menerusi perkongsian tersebut, Azrene tampil meluahkan rasa kesal apabila masih terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan tindakannya yang jarang berkongsi momen bersama anak-anak selepas bergelar ibu tunggal.

Menurut Azrene, sebagai seorang ibu, dia berhak menentukan cara tersendiri untuk meluangkan masa bersama anak-anak tanpa perlu memuatnaik setiap detik kebersamaan mereka di media sosial. Baginya, kasih sayang dan perhatian terhadap anak-anak tidak sepatutnya diukur berdasarkan apa yang dipaparkan kepada umum.

Tambah Azrene lagi, dia sememangnya tidak pernah menjadikan anak-anak sebagai bahan tontonan di media sosial semata-mata untuk meraih perhatian atau memenuhi kehendak orang ramai. Sebaliknya, dia lebih selesa menikmati setiap detik berharga bersama mereka secara peribadi tanpa perlu berkongsi kepada umum.

Menerusi hantaran yang sama, Azrene turut menjelaskan bahawa setiap ibu mempunyai pendekatan berbeza dalam membesarkan dan melindungi anak-anak. Justeru, dia berharap orang ramai dapat menghormati pilihan serta privasi keluarganya.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai dengan apa yang dikatakan oleh Azrene. Antara komen-komen menarik adalah :

” Tak kan semua benda nk tayang kot. Kan dear.. Kita ada cara kita yang tersendiri.. Abaikan je mulut2 puaka yang sibuk2 sangat tu.. “

” Abaikan netizen.kita busy dgn kerja n anak2. Let alone 5kids. You’re a great mom. Kat akhirat cukup kita tenang dh buat tggjawab.bkn nk kna menjawab kat org yg tak kenal.. “

” Sisthur,dont need to show how you spend ur life esp with kids.you who you are! Just tap ur own shoulder and said i do a great mum towards my kids.

 ” Hardly post anything on socmed nowadays babe… Too lazy plus I prefer being present for my love ones and enjoy every little moment.. “

” Pedulikkkann… Netizen tau bercakap je. Sbb tak nampak u posting with kids terus nak judge. Abaikan dorang dear.. “

” Happy cara kita .. Hidup bukan content utk orang… Abaikan je mulut2 orang sis.. Janji kita bahagia dengan cara kita sendiri.. “

” Well said sis. You do you. Don’t pay attention to others.. Naaah u dont need to layan and justify to them sis.. Slaaayyyyyyyy sis.. Slaayyyyyyyy.. “

Ramai yang memahami pendirian Azrene dan berpendapat tidak semua kebahagiaan atau momen bersama keluarga perlu dikongsikan kepada umum. Malah, warganet juga menyokong keputusannya untuk menjaga privasi anak-anak serta menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu pilihan yang wajar dihormati.

Silakan SHARE..

Sumber : IG azrene_ahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Maybelline

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
📰 Berita🏛️ Politik: Politik💻 Teknologi: Teknologi⚽ Olahraga: Olahraga💰 Ekonomi: Ekonomi🎬 Hiburan: HiburanPendidikan🏥 Kesehatan: Kesehatan
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized