Artis / Selebriti
” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
Video Elisya Sandha prank bapa mertuanya, Jinggo untuk pinjam duit RM10,000 buat ramai terhibur.Respon Jinggo buat Elisya terkejut. Wah serius lah Jinggo..
Meninjau di akaun Instagram milik inayahbeautytrading, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Elisya Sandha sedang bermain satu permainan. Menerusi permainan tersebut, Elisya diberikan cabaran untuk menelefon bapa mertuanya, Jinggo atau lebih mesra disapa sebagai Tok Sidang.
Dalam cabaran itu, Elisya diminta untuk meminjam wang berjumlah RM10,000 daripada Tok Sidang. Mendengar tugasan tersebut, Elisya pada awalnya kelihatan agak gementar, namun tetap memberanikan diri untuk membuat panggilan Tok Sidang.
Sebaik sahaja panggilan dibuat, Elisya terus menyuarakan hasratnya untuk meminjam wang. Tanpa diduga, Tok Sidang dengan pantas bersetuju dan menyatakan kesanggupan untuk memindahkan wang tersebut kepada Elisya tanpa sebarang rasa ragu-ragu.

Lebih mencuit hati, Elisya sempat menyakat dengan meminta tambahan RM10,000 lagi. Tindakan spontan itu ternyata menghiburkan, apatah lagi apabila permintaan tersebut turut dipersetujui oleh Tok Sidang tanpa banyak soal apa-apa pun pada akhirnya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan ada yang memuji sikap Jinggo terhadap menantunya. Antara komen tersebut adalah :
” Wowwwww beruntungnyaaaaa dapat bapak mertuaaaa dari sorga baik hati sungguh alhamdulillah.. Untung menantu.. “
” Tok sidang Jinggo pak mertua dr syurga..Apalah sgt 10K or 20K tu kan, huhu cam tu jer Elisya request kan.. “
Situasi ini jelas memperlihatkan hubungan yang akrab serta penuh kasih sayang antara Elisya dan bapa mertuanya. Pada penghujung video, Elisya akhirnya menjelaskan kepada Tok Sidang bahawa apa yang dikatakannya sebelum itu hanyalah sekadar gurauan semata-mata.

Perkongsian video tersebut akhirnya berjaya menarik perhatian ramai warganet. Bukan itu sahaja, ada yang terhibur dengan gelagat mereka, malah tidak kurang juga yang memuji sikap sporting Tok Sidang dalam melayan kerenah menantunya itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG inayahbeautytrading
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” YB dah stress, dah tepuk dada. Sekali YB pun terkena prank Didi, haha.. ” – Komen Netizen

