Artis / Selebriti
” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
Video Pengarah Hopital Tapah, Dr Wan Immi Salim berkongsi keadaan terkini, Jaslinda Saludin buat warganet tersentuh. Kesiannya Jaslinda, ini kecederaan yang dialaminya..
Berita mengenai pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang ditemui selamat selepas hilang selama 15 hari di Gunung Batu Putih menjadi perhatian ramai dan tular di media sosial. Penemuan Jaslinda dalam keadaan masih bernyawa disifatkan sebagai satu keajaiban dan melegakan ahli keluarga serta orang ramai yang mengikuti perkembangan kesnya sejak hari pertama kehilangan.
Meninjau perkongsian di akaun Instagram milik hmetromy, sebuah video temubual bersama Pengarah Hospital Tapah, Dr Wan Immi Salim telah dimuatnaik bagi berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan Jaslinda selepas ditemui.
Menerusi video tersebut, Dr Wan Immi memaklumkan bahawa keadaan Jaslinda kini stabil dan berada di bawah pemantauan rapi pihak hospital. Walau bagaimanapun, Jaslinda mengalami beberapa kecederaan termasuk luka pada bahagian badan dan kaki akibat berada terlalu lama di dalam kawasan hutan tanpa bantuan.

Menurut Dr Wan Immi lagi, tempoh rawatan yang diperlukan oleh Jaslinda masih belum dapat dipastikan kerana ia bergantung kepada perkembangan tahap kesihatannya dari semasa ke semasa. Pihak hospital akan terus memantau keadaannya sebelum menentukan langkah rawatan seterusnya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada yang mendoakan Jaslinda agar kembali sembuh seperti sediakala. Antara komen yang menarik adalah :
” Alhamdulillah, semoga beliau cepat sembuh dan kembali sihat seperti dulu inshaallah dan Alhamdulillah.. “
” Suka penerangan doctor.. Didoakan agar Jaslinda kembali sembuh seperti sediakala.. Biar dia berehat dulu.. tenangkan mental fizikal.. “
Dalam masa yang sama, Dr Wan Immi turut berkongsi bahawa Jaslinda tidak bersendirian sepanjang menerima rawatan. Kakaknya dilaporkan sentiasa berada di sisi bagi memberi sokongan moral dan menemani dirinya sepanjang proses pemulihan di hospital.

Untuk rekod, Jaslinda akhirnya ditemui oleh penduduk Orang Asli pada jam 5.10 petang semalam dalam keadaan lemah ketika menyeberangi sebuah jambatan berhampiran sungai di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh. Penemuan itu juga telah mengakhiri penantian panjang keluarga dan pasukan penyelamat yang tidak pernah berhenti mencari mangsa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG hmetromy, era.je, Portal Utusan Malaysia, Hospital Tapah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen

