Connect with us

Artis / Selebriti

” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen

Video teaser Hussain Jamilul Hayat menyanyi lagu bapa saudaranya, Datuk Jamal Abdillah bertajuk Berdendang Dalam Tangisan raih perhatian ramai. Alahai sedap sungguh suara Hussain. Part ‘sanjung’ tu meremang dengar.. 

Hussain Jamilul Hayat salah satu nama yang menjadi sebutan ramai untuk diangkat sebagai juara rancangan realiti TV, Talk To My Manager musim ke 2 (TTMM2). Hussain yang memiliki darah keluarga seni dan memiliki suara yang sedap ini juga merupakan anak saudara kepada Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah.

Program TTMM2 bakal memasuki minggu separuh akhir dan malam ini akan menentukan siapa yang bakal ke peringkat akhir. Bagi tugasan minggu separuh akhir, Hussain akan menyanyikan lagu dendangan asal bapa saudaranya itu yang berjudul Berdendang Dalam Tangisan.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sooka Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan teaser nyanyian Hussain untuk lagu tersebut. Tidak semua penyanyi lelaki memiliki suara lunak merdu dan sesuai dengan genre irama Malaysia sebegini.

Nyanyian Hussain ini meraih pujian daripada warganet kerana kemerduannya itu. Ramai juga yang menzahirkan ketidaksabaran mereka untuk melihat persembahan Hussain pada konsert separuh akhir TTMM2 ini. Vokalnya yang mantap sekiranya diiringi dengan sedikit tarian, pasti akan menggemparkan lagi persembahan Hussain.

Jom tonton video di bawah :

@sookamalaysia

Jom strim Talk To My Manager di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia

 

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :

” Sedap betul suara Hussain ni.. Part sanjung tu sedapnya dengar, lunak dia tu memang cukup rasa.. permulaan tu buat lagi baik ok, biar juri ternganga dengar.. “

” Dapat dengar teaser sikit pun ya Allah, merdunya.. Cair betul dengan lenggoknya Hussain ni.. Ni baru betul suara seorang juara.. “

” Tak sabar nk tngok Hussain Ahad ni depan tv semoga Hussain juara TTM2.. Kenapa merdu sangat ni Ucinn.. sedapnya lah suara.. “

” Tak sabar nak tengok Hussain malam ni.. hussain kena menari lebih ye baru markah tinggi.. jarang jarang tau lelaki boleh dapat lenggok irama tradisional bonus untuk Hussain suara dia sesuai dan perfect.. “

” Sedap tul suara dia laaa. Terus Fokus disetiap persembahan Hussain dn layak kefinal serta BerOleh KeMenangan dn menjadi Juara TTMM 2 tahun ini. Aamiin Ya Allah.. “

” Fuh lenggok Hussain ni, boleh cair hati para wanita tau. Sedap sungguh, lunak dan merdunya tu perfect.. “

” Sedapnya suara Hussain bawa lagu ni. tentu gempak pentas malam ni, suara tu superb sungguh.. lunak sangat sangat.. “

Kemerduan suara Hussain tidak dapat disangkal lagi dan pastinya Hussain akan mempamerkan satu persembahan yang memukau penonton dan juri pada malam nanti. Good luck Hussain daripada kami di Berita Kopak dan semoga Hussain akan beroleh kejayaan untuk minggu separuh akhir ini.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Sooka Malaysia   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Kitsui

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
🎬 Hiburan: Hiburan📰 Berita🏛️ Politik: Politik🏥 Kesehatan: Kesehatan💻 Teknologi: TeknologiPendidikan⚽ Olahraga: Olahraga💰 Ekonomi: Ekonomi
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized