Artis / Selebriti
” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
Video Zaki Yamani menukar lirik lagu Azura kepada Azeva ketika live bersama Ameng Spring buat warganet terhibur. Amboi gentleman betul Zaki, mengorat depan ayah Azeva terus. Blushing teruk Azeva, tapi reaksi muka Ameng tu lawak, haha..
Ameng Spring bukan nama asing dalam industri seni tanahair. Ameng antara artis senior yang aktif di Tiktok dan sering membuat live. Adakalanya Ameng turut membuat live bersama anak-anaknya, Ammar Haikal dan Azeva Natassha. Baru-baru ini, kawan baik Ammar, Zaki Yamani juga turut live bersama anak dan ayah ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ameng Spring Fans, telah dikongsikan video yang memaparkan sedutan menarik live tersebut. Zaki sememangnya turut berkawan dengan Azeva dan suka mengusik Azeva. Lagu dendangan ayahnya Azura diubah menjadi Azeva dan didendangkan secara live.
Reaksi wajah Ameng ketika mendengar Zaki menyeru-nyeru nama Azeva mencuit hati warganet. Dari tersenyum sehingga melopong Ameng dibuatnya gara-gara nyanyian merdu Zaki. Azeva pula kelihatan blushing dengan usikan oleh Zaki itu.

Memetik komen warganet, Zaki dan Azeva kelihatan seiras dan sesuai sekiranya digandingkan bersama. Tidak mustahil sekiranya filem Azura di remake menjadi filem Azeva, boleh meletop dengan lakonan Zaki dan Azeva sebagai tunggak utamanya.
Jom tonton video di bawah :
@ameng.spring.fans ♬ original sound – Ameng Spring Fans Club – Ameng Spring Fans Club
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Berbesan juga Jamal Abdillah dengan Ameng Spring ni kang haha.. Melopong ameng tgk bakal menantu nyanyi.. sedapnya suara zaki.. Mcm babah dia jugak.. “
” Jamal mmg dah berkawan ngan ameng ni dah lama, boleh la upgrade relationship kpd besan hehe.. Sampai ternganga Ameng dengar Zaki nyanyi untuk anak dara dia.. “
” Gentle sungguh anak Jamal ni dalam hati Ameng haha.. Apak Ameng punya reaction tu kelakar.. tergelak kita tengok.. sporting dan lucu.. “
” Muka Ameng tu aku tak tahan la haha.. depan bakal bapak mertua ni Zaki.. jangan jangan zaki ni crush Azeva hehe.. kalau remake filem Azura gandingkan Zaki dengan Azeva boleh letop ni.. “
” Woww Kami Semua Setuju Aming Spring Berbesan Dgn Jamal Abdillah.. walaupun dia nyanyi gelak2 tpi rasa tu ada.. giler btulank bapak hebat.. “
” Yang fokus dekat muka Ameng kumpul sini haha.. papa dia pun melayan…semoga yg baik2 saja buat kalian berdua.. Aamiin.. “
” Hebat Zaki nyanyi depan bakal bapa mertua, respek lah. Zaki ko memang berani haha.. ternganga bakal pak mertua tgok hahahaha.. “
Bukan main berani Zaki menyanyi depan bakal bapak mertua, sampai melopong si Ameng mendengar nyanyian Zaki itu. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur melihat telatah mereka berempat. Steady lah Zaki.

Silakan SHARE..
Sumber :Tiktok Ameng Spring Fans Club
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kakak saya dapat inspirasi dari.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen

