Artis / Selebriti
” Time ni memang sedih. Nak pulak anak Hamdan muka sebijik macam arwah bapak dia.. ” – Komen Netizen
Video Lan Pet-Pet dan anggota Senario menangis ketika menyanyikan lagu tribute untuk arwah Hamdan di konsert The Last Kopek SenarioUnion 30 Tahun buat ramai tersentuh. Sebak sungguh, lagi-lagi anak Hamdan ada sama di atas pentas..
Konsert The Last Kopek : SenarioUnion 30 Tahun telah pun berlangsung semalam di Idea Live Arena, Petaling Jaya. Bersempena 30 tahun penubuhan kumpulan Senario. Konsert tersebut menampilkan semua enam ahli kumpulan lawak lagenda ini.
Banyak coretan manis dan sedih yang diabadikan sepanjang konsert semalam. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sinar FM, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana sedih ketika Senario menyanyikan lagu berjudul Doa Untuk Ayah dendangan asal Hamdan Senario.
Pada paparan skrin di belakang pentas, moment indah bersama arwah Hamdan ditayangkan. Kesemua ahli Senario tidak dapat menahan sebak mereka kerana mengenangkan sahabat mereka yang telah pergi itu. Tidak hanya anggota Senario, penonton juga turut sedih menyaksikan moment ini.

Lebih sebak dengan kehadiran anak arwah Hamdan, Aqem yang saling tak tumpah seperti wajah Hamdan. Persahabatan yang terjalin antara anggota Senario ini bukti persahabatan sejati dan impian Hamdan untuk mereka semua bersatu kembali akhirnya tercapai.
Jom tonton video di bawah :
@sinar_my Penonton pun turut sebak melihat wajah-wajah mereka yang merindukan sahabat tercinta 🥹 #SINARKongsi
@sinar_my Satu Idea Live Arena turut sebak menyaksikan momen Senario bersama anak sahabat yang amat mereka rindui, Allahyarham Hamdan. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah 🤲🏻 #SINARKongsi #SINARMuzikRetroTerbaik #fyp #viral #senario
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Time ni mmg sedih. Nak plak anak arwah muka sebijik mcm arwah bapak dia.. Aku cover line je buat buat tengok fon sebab tak tahan nak nangis sama.. “
” Persahabatan Yang Sangat Indah. Senario Tetap Legend Selamanya Dihati Kami. Al-Fatihah Buat Arwah Abg Hamdan.. Tercapai juga apa yg arwah nak tgk ahli senario berkumpul satu hari nanti.. Didoakan arwah ditempatkan bersama org² beriman..aaminn.. “
” Ini baru la sahabat sejati dunia akhirat.. moga roh arwah abg hamdan ditempatkm di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh.. tak boleh lah, nangis sama.. “
” Hidup tiada siaran ulangan, yang ada cuma kenangan. lan pet pet yg selalu ceria buat org ketawa, bila tgk dia menangis teresak2, membuktikan dia juga seorang manusia biasa.. punyai perasaan sedih dan hiba.. “
” Terima kasih ajarkan kami erti persahabatan, kasih sayang dan berikan kami hiburan masa kecil… hasrat arwah abang hamdan nak lihat sahabatnya bersatu… tercapai… arwah mesti bahagia tengok.. “
” Sedih weh masa part ni, memang nangis. boleh rasa utuhnya persahabatan dorang.. Al Fatihah, kita pun ikut berair mata. Senario dan sentiasa menghibur dan mempesan. Arwah Hamdan ni lebih fatherly / brotherly character nya.. “
” Anak arwah hamdan sama mcm ayah dia. muka, gaya, suara sama. tgok smua yg kat pentas menangis dgn kita skli trasa sdih. kena dgn lagunya.. “
Kerinduan yang tiada penghujungnya untuk sahabat tersayang. Air mata yang jatuh bukti persahabatan sejati Senario dunia dan akhirat. Semoga arwah Hamdan tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang-orang beriman serta beramal soleh.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sinar FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

