Artis / Selebriti
” Untuk orang Malaysia kejap lagi datang tu sebenarnya berapa lama, jawab dekat sini.. ” – Maryam You Narae
Video Maryam You Narae membebel gara-gara perkataan ‘kejap lagi’ buat warganet terhibur. Panjang lebar Maryam mengomel. Mana tak berasap, berjam-jam kena sidai. Haha..
Maryam You Narae antara figura yang aktif di media sosial. Wanita kelahiran negara Korea ini semakin hari semakin fasih berbahasa Melayu dan percakapannya seronok didengar. Maryam juga seorang yang kelakar dan adakalanya tutur katanya mencuit hati warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Uyounik, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Maryam meluahkan rasa tidak puas hatinya gara-gara perkataan ‘kejap lagi’. Ujar Maryam pada awal video, dia ingin bertanyakan kepada semua orang Malaysia mengenai hal ini.
Maryam ingin mengetahui, kejap lagi itu bagi orang Malaysia berapa lama masanya. Ini kerana ada seseorang yang berjanji dengan Maryam untuk datang ke rumahnya. Waktu pada ketika itu 8.40 pagi dan Maryam menanti kedatangan individu itu.

Namun sehingga jam 1240 tengahari, insan yang berjanji ini langsung tidak nampak bayangnya. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap Maryam. Bagi Maryam sekejap lagi itu untuk dirinya mungkin dalam 30 minit dan paling lama pun satu jam.
Jom tonton video di bawah :
@uyounik Tajuk : “kejap lagi” tu berapa lama
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 47 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Depends pada nasib la yam.. kadang boleh jadi 2 hari.bertabah ya haha.. Saya sebagai orang malaysia pun confuse mariam “kejap lagi” tu berapa lama.. “
” Kejap lagi nak datang tu boleh jadi sampai petang pun dia belum datang lagi. maryam boleh tanya semula pada dia – kejap lagi tu pukul berapa.. “
” Kejap lagi tu maksudnya kena sidai haha.. Kejap lagi tu. Malam baru Datang. Itu pun kalau die ingat. Last2 tunggu, 3 hari kemudian baru ade kabar. Senahh betul.. “
” Aduh mendalamnya soalan Maryam haha.. ni siapa yang berjanji dengan Maryam ni. dah dengan kita sekali kena bulat mata dengan Maryam haha.. “
” Kadang2 boleh makan sehari Maryam… kejap lagi tu maksudnya lepas masak, lepas mkn lunch.silap2 lepas minum ptg baru dia smpai.. “
” Kejap lagi tu Mariam mcm..baru nk bangun..baru nak mandi..baru nk gosok bju..baru nk kemas beg..baru nk panas kn injin kereta..baru nk start enjin heheh..tu xmasuk lagi jem kt jalan raya hahaha.. “
” Siapa yang “kejap lagi” kan Maryam tu dah jawab ke belum? Dah sampai belum? ayoooo.. mek yam maroh doh.. sapo peel comey ni,lamo sgt dh tu yam tunggu.. “
Comel sungguh ekspresi wajah Maryam apabila sedang marah. Entah siapa lah yang berjanji ‘sekejap lagi’ dengan Maryam itu sampai berjam-jam berlalu tetap tidak sampai orangnya. Bertabah lah Maryam menghadapi janji-janji seperti ini kerana sabar itu separuh daripada iman, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Duriankimchi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Love sangat Janam Janam versi Hussain ni. Ni la penghibur, semua dia tapau.. ” – Komen Netizen

