Artis / Selebriti
” Bila saya tanya siapa nak jadi Imam, Rina angkat tangan, ‘Rina nak jadi Imam’.. ” – Cikgu Rina
Video Maryam You Narae berjumpa dengan guru anaknya, Rina dan kongsi mengenai perkembangan Rina di sekolah. Wah, sejuk hati dengar part Rina nak jadi Imam tu. Siap ada surah kegemaran dia lagi, hebat lah Rina..
Bagi yang gemar mengikuti perkembangan pempengaruh media sosial, Maryam You Narae pasti sudah sedia maklum bahawa Maryam kerap berkongsi momen kehidupan bersama anak sulungnya, Rina. Setiap perkongsian mengenai Rina sering meraih perhatian ramai kerana keletahnya yang mencuit hati serta keperibadiannya yang menghiburkan.
Terbaharu, menerusi akaun Instagram miliknya, Maryam telah memuat naik sebuah video yang memaparkan pertemuannya bersama guru Rina di sekolah. Video tersebut memaparkan suasana perbualan santai yang mana guru Rina berkongsi perkembangan Rina sepanjang berada di sekolah serta sikapnya ketika mengikuti sesi pembelajaran.
Menerusi perkongsian itu, guru Rina turut menceritakan beberapa perkara menarik tentang telatah Rina di dalam kelas. Antara yang mencuri perhatian adalah apabila Rina menyatakan hasratnya untuk menjadi imam ketika menunaikan solat berjemaah bersama rakan-rakannya.

Walau bagaimanapun, guru dengan penuh hikmah telah memberikan penjelasan kepada Rina bahawa peranan imam dalam solat berjemaah perlu dipimpin oleh seorang lelaki. Cara penyampaian guru yang lembut dan berhemah itu jelas menunjukkan pendekatan pendidikan yang baik terhadap kanak-kanak.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian Maryam dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet kepada Rina. Antara komen-komen menarik adalah :
” Pandai anak omma.. Sejuk perut omma mengandungkan Rina.. Rina..bkn kwn Rina je yg seronok tgk rina makan..kami pun sama Rina dri Rina 6 bulan ok.. “
” Good job Rina. Rina boleh juga jadi imam, tapi makmumnya kena perempuan juga. Boleh jadi imam solat dengan omma.. “
” She just listen. Tak menyampuk sangat ni.. Bagus… Jaga adab bila ‘org tua’ tgh berckp… (kata org tua2 dulu).. “
” Untung Rina dapat environment yang positif macam ni.. Rina murid yg baik,bila parent bebual dia diam saja.. “
” Wahhhhhhhh congratulations Rina.. Rina memang anak yang pandai.. Kita tengok pun tahu.. Adab pun tinggi.. “
” Alhamdulillah, tahniah Rina.. Aunty yang dengar ni pun rasa terharu dengan perkembangan Rina di sekolah… “
” MasyaAllah.. Cerdiklh Rina ni.. InsyaAllah, Rina will grow up being strong and a great knowledgeable leader.. “
Selain itu, guru juga memuji sikap Rina yang disifatkan sebagai seorang pelajar yang sangat baik dan disenangi oleh rakan-rakannya. Malah, Rina juga dikatakan gemar membaca serta menghafal surah-surah pendek seperti Al-Fatihah dan An-Nas ta memperlihatkan minatnya terhadap pembelajaran agama sejak usia kecil.

Silakan SHARE..
Sumber : IG maryamyunrrr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

