Artis / Selebriti
” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
Video anak Shuib Sepahtu, Ayash Affan pertama kali bertemu dengan adiknya, Akira Juwita Zahra raih perhatian ramai. Alahai comelnya suara Ayash berselawat dodoi adik Akira tidur..
Umum mengetahui bahawa isteri kepada pelawak terkenal, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada bulan lalu. Pasangan ini memilih nama Akira Juwita Zahra buat puteri tercinta mereka dan kini Akira sudah pun berusia lebih sebulan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Watie, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan anak Shuib bersama arwah isterinya terdahulu, Siti Sarah Raisuddin iaitu Ayash Affan sedang meluangkan masa bersama adik bongsunya, Akira. Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai.
Menerusi video itu, kelihatan Ayash begitu teruja dan penuh kasih sayang mendodoikan Akira tidur. Gelagat comelnya yang sangat manja dengan adik perempuan itu membuatkan ramai tersentuh hati melihat hubungan mereka berdua.

Bukan itu sahaja, Ayash juga dilihat ringan tulang membantu Watie menguruskan Akira termasuk membuang lampin yang telah digunakan. Sikap penyayang dan bertanggungjawab yang ditunjukkan Ayash pada usianya yang masih kecil membuatkan yang menonton video ini merasa kagum.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan emoji love kerana menyukai perkongsian video ini dan memuji Ayash. Antara komen tersebut adalah :
” Alhamdulillah abg Ayash. So happy tengok.. So terharu tengok bonding time Ayash dengan Akira.. “
Selain itu, video tersebut turut memaparkan Ayash menemani Akira tidur sambil berada di sisi adiknya itu. Menurut Watie, walaupun Ayash sudah hampir empat tahun menjadi anak bongsu, dia tetap menerima kehadiran adiknya dengan hati yang terbuka dan menjadi seorang abang yang sangat baik.

Watie turut berkongsi bahawa setiap kali Ayash pulang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama mereka, dia sangat rapat dengannya serta sentiasa membantu menjaga Akira. Perkongsian itu jelas memperlihatkan betapa besarnya kasih sayang Ayash terhadap adik perempuannya sehingga membuatkan ramai berasa sebak dan terharu melihat kebahagiaan keluarga kecil ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Love sangat Janam Janam versi Hussain ni. Ni la penghibur, semua dia tapau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kemain kaki tu jengket-jengket. Geram betul tengok Akira comel.. ” – Komen Netizen

