Artis / Selebriti
” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
Video Ayash Affan menyebut apa yang ditemui semasa mengikuti daddynya, Shuib Sepahtu membeli barang dapur raih pujian ramai. Wah bijaknya Ayash, semua dia kenal. Syok dengar Ayash speaking. Part labu tu boleh pulak Ayash sebut happy halloween, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik pelawak terkenal Shuib Sepahtu, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Shuib membawa anaknya, Ayash Affan membeli barangan mentah di sebuah kedai. Video tersebut memaparkan gelagat comel Ayash yang sentiasa ceria sepanjang menemani bapanya membeli keperluan dapur.
Menerusi rakaman itu, Shuib terlebih dahulu membawa Ayash ke bahagian ikan dan ayam. Apa yang mencuit hati, Shuib sempat menguji pengetahuan anaknya dengan bertanyakan beberapa jenis bahan mentah yang terdapat di situ. Mengejutkan ramai, Ayash berjaya menjawab setiap soalan yang diajukan dengan tepat.
Bukan itu sahaja, Ayash juga dilihat langsung tidak kekok memegang ikan yang ingin dipilih. Sikap beraninya itu mengundang rasa kagum di kalangan warganet kerana kebanyakan kanak-kanak seusianya kebiasaannya berasa geli atau takut untuk menyentuh ikan mentah.

Selain di bahagian ikan dan ayam, Shuib turut menunjukkan beberapa lagi barangan keperluan dapur kepada Ayash. Setiap kali ditanya, Ayash memberikan jawapan dengan penuh yakin sambil sesekali tersenyum riang. Momen manis antara bapa dan anak itu jelas memperlihatkan hubungan yang rapat serta cara Shuib mendidik Ayash melalui aktiviti harian yang cukup bermanfaat.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Semuanya dia tahu, pandainya dia.. Potato tu nenek johor pggl awak laaa si kentang lah Ayash, hehee.. Comel sangat lah Ayash ni.. “
” Tengok pumpkin terus sebut halloween. Cerdik Ayash.. Alhamdulillah dia membesar dengan sihat.. Moga jadi anak yang soleh ye Ayash.. “
” Rasa nak menangis tengok content Watie, thank you Shuib pilih ibu yang baik untuk anak2 kau… Shuib tahu ibu yang mana baik untuk anak2 dia.. “
” Pandainya awak Ayash, serba serbi dia tahu.. Nak suruh mummy masak apa tu sayang.. Sedapkan mummy Wati masak kan, hehee.. “
” We are finished shopping.. Cutenya Ayash.. Good boy lah Ayash.. Kejapnya Ayash dah besar.. Dah boleh teman daddy beli barang dapur.. “
” Alhamdulillah dah besar budak cerdik ni.. Langsung tak kekok pegang ikan tu, tak ada rasa geli, hehe. Comel lah Ayash ni.. ”
” Adoii risau je tengok di pegang telur tu haha.. Pandai betul lah budak Ayash ni.. Seronok tengok telatah dia, sentiasa happy.. Murah dengan senyuman.. “
Selain itu ramai yang menyifatkan Ayash seorang kanak-kanak yang cepat belajar, petah bercakap dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Tidak kurang juga, warganet turut mendoakan agar Ayash terus membesar dengan sihat serta menjadi kebanggaan keluarga pada masa hadapan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

