Artis / Selebriti
” Kali ni Norreen tak boleh tangkap lagu apa Baby nyanyi, haha…. ” – Komen Netizen
Video Baby Ngasri menyanyikan lagu Budak Kacamata, Bintang versi dirinya sendiri buat ramai terhibur. Alamak, kali ni Norreen tak dapat tangkap lagu yang Baby nyanyi. Comel dan random sangat lah Baby ni..
Kalau sebut sahaja nama pelakon Norreen Iman, pasti ramai yang cukup mengenali personalitinya yang ceria dan gemar mengusik orang di sekeliling. Antara individu yang sering menjadi ‘mangsa’ usikannya ialah sepupunya, Baby Ngasri yang juga merupakan adik kepada pelakon Bell Ngasri.
Terbaharu, menerusi akaun TikTok milik norreen.iman.l_2026, telah dikongsikan sebuah video memaparkan Norreen bertemu dengan Baby. Sebaik sahaja bertentang mata, Baby terus meluahkan rasa hairan sambil bertanyakan mengapa Norreen sudah lama tidak datang berjumpa dengannya dan jelas riak wajah Baby yang seolah-olah benar-benar merindui kehadiran Norreen.
Norreen kemudian menjelaskan bahawa kesibukan dengan urusan kerja menjadi punca dirinya tidak sempat meluangkan masa bertemu Baby. Walaupun jawapan itu diberikan dengan bersahaja, jelas kelihatan Baby begitu gembira dapat meluangkan masa bersama Norreen semula.

Namun, bahagian yang paling mencuri perhatian pastinya apabila Baby secara spontan menyanyikan sebuah lagu khas buat Norreen. Nyanyian yang dipersembahkan dengan penuh yakin itu mengundang ketawa Norreen sehingga dia sempat bertanyakan apakah tajuk lagu tersebut. Tanpa berfikir panjang, Baby menjawab bahawa lagu itu bertajuk “Bintang” .
Tonton video di bawah ini :
@norreen.iman.l_202 thx sudi follow ☺️ #fyp #norreeniman
♬ original sound – Norreen iman l_2026 – Norreen iman l_2026
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Baby random sangat ni, meluah sambil menyanyi lagu Bintang.. Yang pentinggggg ada laguuuuuu kan Baby, hehehee.. “
” Comey aja baby nyanyi lagu bintang tuk Noreen.. Tgh cakap pun random nyanyi hahahaha, comelll laa baby.. Geram kita tengok, heehe.. “
” Engkau random eh bby tgh meluah ttba kluar lgu bintang hahaha.. Sedih pun nyanyi. Comel betul lah anak syurga.. Sentiasa menceriakan suasana.. “
” Bintang jaggan kau bersedih .. Bintang jagan kau menangis .. Aku pon hampir lupe dah lirik sebenar, hahahaa.. Smua lg dia tau weii wpun sbtan tak btol, haha.. “
” 2 ketul nie kalau bersama , aku tak boleh lah.. Yang sedih pun boleh gelak weh.. more videooo dgn babyyy. Sukaa tengokk hehehehe.. “
” Sedih sangat lah tu, dia meluah rasa sedih dengan lagu Bintang.. Hahahaa Norreen kali ni tak boleh tangkap kan lagu apa Baby nyanyi.. Padahal memang Baby dah bagitau lagu Bintang.. “
” Hahaha Baby rindu dekat Norreen, tapi tak nak mengaku kan. .Tapi last2 terluah versi lagu pula untuk Norreen, hahaha sweet betul lah Baby.. “
Selain itu, warganet mengakui terhibur melihat keletah Norreen dan Baby yang sentiasa menceriakan suasana setiap kali bertemu. Malah, ramai berpendapat Baby memiliki personaliti yang sangat menghiburkan dan tidak kurang juga yang berharap Norreen akan lebih kerap berkongsi video bersama Baby kerana setiap video mereka pasti menghiburkan ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok norreen.iman.I_2026
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

