Artis / Selebriti
” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman
Video temubual penuh Norreen Iman dan bekas suaminya, Razzi Razak selepas sah bercerai buat ramai tersentuh. Sedih dengar ucapan Norreen untuk Razzi. Hati masih sayang tapi..
Tiada pasangan yang berkahwin inginkan perceraian terjadi, namun jodoh adalah rahsia Allah. Warganet dikejutkan dengan berita perpisahan pasangan Norreen Iman dan Razzi Razak. Mahkamah telah memutuskan pasangan ini sah bercerai dengan talak satu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Meloditerhangat, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual penuh wakil Melodi bersama Norreen dan Razzi. Kedua-duanya kelihatan tenang dan menerima dengan hati terbuka setelah terlerainya bahtera rumahtangga mereka.
Razzi diajukan soalan mengenai postingnya berkenaan lelaki tidak boleh miskin sebelum ini. Razzi menegaskan dia tidak menujukan status itu kepada sesiapa dan sekadar peringatan untuk diri sendiri sahaja. Razzi juga memberitahu dia akan mencuba yang terbaik untuk menjalankan tanggungjawabnya terhadap 2 orang anak mereka.

Norreen pula, ketika diajukan mengenai perasaan dan emosinya, suara Norreen bergetar menahan sebak. Ramai yang menyedari dari ucapan Norreen itu, masih tersisa rasa sayangnya terhadap Razzi. Ucapan yang meruntun hati dan ikhlas daripada hati Norreen.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Dia masih sayang tapi jauh.. Isteri yang baik @norreen143. Sentiasa dahulukan anak anak dan keluarga cuma. Mungkin penat kerana effort sepihak.. “
” Semoga menjadi iktibar bagi lelaki di luar sana. Ada kategori wanita yang tak berkira, berkorban susah senang cuma dia nak tengok Effort je.. “
” Sedihnyaa ya Allah , semoga yang baikbaik saja untuk mereka berdua . Allahuakhbar.. Semoga rujuk kembali…. Antara couple yg acik suka tgk.. “
” Sedih yet both of you are so matured n the way norreen143 put everything to words so calming. Sis doakan semoga korang berdua bahagia dgn apa saja keputusan korang di dunia n akhirat.. “
” Norreen masih sayang tu. ucapan norreen untuk razzi tu memang menusuk ke hati. Kita doakan yg baik2 buat mereka.. Semoga dipermudahkn segala urusan mereka Aamin.. “
” Ada hikmah untuk semua yang dah jadi ni. Mungkin ni masa untuk dua dua bertenang dan memikirkan masa depan. Kalau ada jodoh, moga bersatu kembali ye.. ”
” Sayang tu masih ada dalam hati Norreen. Iye lah 12 tahun bukan masa yang singkat, banyak kenangan bersama yang dah drg cipta bersama. Kita doakan je Norreen kuat untuk harungi semua yang mendatang.. ”
Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya, baik untuk Norreen mahu pun Razzi. Hanya masa yang akan menentukan perjalanan kehidupan mereka selepas ini. Semoga hubungan baik ini berkekalan dan andai ditakdirkan kembali berjodohan, semoga bahagia itu milik Norreen dan Razzi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG MelodiTV3
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak sangka Que boleh nyanyi sesedap ini. Suara dia ada vibes tersendiri yang tak ada kat penyanyi lain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Abbas mirip abah, Bilal mirip ummi, handsome betul ye Abbas tu.. ” – Komen Netizen

