Connect with us

Artis / Selebriti

” Bunga dalam hidung dah rare, keluar pulak dari mulut, sumpah berdekah ketawa.. ” – Komen Netizen

Video Kak Lina Pom Pom memberikan surprise untuk Cikgu Azlan buat warganet terhibur. Fuhhh, terkejut bila bunga tiba-tiba keluar dari hidung Kak Lina. Lagi tak sangka, bunga keluar dari mulut pulak lepas tu. Lain macam Kak Lina punya surprise, memang rare..

Siapa yang tidak kenal dengan Kak Lina Pom Pom atau nama pentasnya Elly Mazlein. Keperibadian Kak Lina yang humble dan selalu happy go lucky membuatkan ramai yang menyenangi dan menyayangi figura ini. Kak Lina tidak hanya lucu ketika berlakon dan mengacara, tetapi di rumah juga sikapnya begitu.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Elly Mazlein, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Kak Lina bersama suaminya, Cikgu Azlan. Di ruangan kapsyennya, Kak Lina ada menulis mengatakan sebagai wanita, tidak salah jika sekali sekali membuat surprise untuk suami.

Namun cara Kak Lina membuat surprise ini berbeza dengan cara biasa dan benar-benar tidak diduga. Pada permulaan video, kelihatan sesuatu di dalam hidung Kak Lina. Ada di kalangan warganet yang menyangka itu adalah cili kerana kelihatan seperti batang cili.

Rupa-rupanya Kak Lina menyelitkan setangkai bunga kecil di dalam hidungnya itu dan Cikgu Azlan menariknya keluar. Tidak itu sahaja, Kak Lina juga mengeluarkan sekuntum bunga berwarna putih dari dalam mulutnya pula. Berdekah Cikgu Azlan gelak melihat telatah isterinya ini. Bak kata Cikgu Azlan, Kak Lina memang romantis orangnya.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 33 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :

” Astarghfirullahalazim ahhahhaahahh terkejut tgk bunga dlm mulut. Ahahhaahhaahhaha.. Aku tak boleh lah, cute betul.. “

” Hahahahah untung dapat bini kacip, meriah kehidupan. Hey awak ni nakal betul. Romantik tu memang luar kotak, kalah Genz tau.. “

” Naya kak haha.. bunga dalam hidup dah rare, keluar lak dari mulut, sumpah berdekah ketawa haha.. Mula2 ingatkan sumbat cili tadi dalam hidung sebab nampak macam batang cili.. “

” Ingatkn kat lobang idung je…skali noh… keluar dari mulut lagi beso .. hilang dah bau wangi munge tu.. “

” Romantic sgt ni.. Nice idea arr kepommm hahahaha.. ngek betul kak lina kepom ni.. out of brain. adoi sakit perut gelak.. “

” Aku lah 2 ketul ni haha.. sweet dooh lah hoo.. yang bukan2 kak lina pom pom ni. idea d luar kotak… Aku x expect dalam mulut tu begonggg la.. “

” Hadoiii ingat ulat beluncas ker aper tadi.. yang dalam mulut tu lagi advance haha.. betul2 hiburan kehidupan cikgu Azlan ya. hahahhaha cikgu Azlan hilang stress kat sekolah dapat pasangan mcm ni haha.. “

Lain macam sungguh surprise Kak Lina untuk Cikgu Azlan, level romantiknya itu memang kalah Genz. Mesti hilang semua stress Cikgu Azlan dengan adanya isteri yang kelakar dan masuk air seperti Kak Lina ini. Boleh lah pasangan suami isteri lain mencuba cara Kak Lina ini. Ada berani tak masing-masing, hehe..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Maybelline

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
📰 Berita💻 Teknologi: Teknologi🏥 Kesehatan: KesehatanPendidikan🏛️ Politik: Politik🎬 Hiburan: Hiburan💰 Ekonomi: Ekonomi⚽ Olahraga: Olahraga
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized