Artis / Selebriti
” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
Video Ayash Affan memanggil adiknya, Akira Juwita Zahra sebagai ‘Adik Shuib’ buat warganet terhibur. Adui lah Ayash, salah gelaran tu Abang Ayash. Makder punya terkejut sampai bulat mata, haha..
Kelahiran Akira Juwita Zahra menambahkan lagi kegembiraan dalam keluarga Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah. Shuib telah pun menganjurkan Majlis Aqiqah Akira yang diadakan semalam. Ramai kenalan yang dijemput untuk memeriahkan majlis ini.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Suciuwais iaitu isteri Raissuddin Hamzah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak lelaki Shuib, Ayash Affan ketika melihat adik barunya itu. Makder memangku Akira dan bertanyakan kepada Ayash, adakah Ayash ingin mencium adiknya.
Ayash tidak memanggil Akira sebagai adik tetapi menggelarkannya sebagai ‘Ádik Shuib’ sehingga membuatkan Makder terkejut dan ketawa besar. Memetik komen warganet, Ayash sudah pandai berjenaka dan kelakar. Boleh pula Ayash terfikir perkataan tersebut untuk adik Akira.

Selepas itu, kelihatan Ayash berkali-kali mengucup pipi Akira dan menyentuh wajah adiknya itu. Terpancar keseronokan di wajah Ayash apabila mendapat adik. Ramai juga yang melihat wajah Akira saling tidak tumpah seperti wajah Ayash ketika bayi.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Adui lah Ayash, adik Shuib dia kata haha.. comel lah ayash ni.. jaga adik Akira baik-baik tau abang Ayash.. “
” Kikiki Ayash Ayash, adik Shuib ye haha.. comelnya dua dua.. Ayash dan Akira.. muka pun sama.. macam ayash masa baby dulu.. “
” Lawak jugak abang Ayash ni.. Adik Shuib pun boleh lah Ayash.. untung lah daddy ada adik haha.. “
” Adik Shuib pun boleh haha.. Comelnya ‘adik Shuib’, bambam sangat.. memang sebijik muka Ayash lah.. “
” Adik Suip ea.. nak nombor 2 Suip bukan lagi tunggal dan jadi abg pula.. ramai da rakyat Suip murah rezekinya.. “
” Adik Shuib? nakal lah abang ayash ni kan.. comel je dia sayang cium adik tu.. abang penyayang ayash ni.. “
” Ayash dah pandai buat lawak ‘anak Shuib’ haha.. tergelak aku dengar ayat ayash ni.. abislah daddy, dah tua dapat adik haha.. “
Terkejut Makder mendengar kata-kata Ayash itu, adik Shuib pun boleh lah Ayash asalkan ada juga nama Shuib. Seronok Ayash dapat mencium adik Akira sepuas-puasnya. Semoga Ayash akan menjadi abang yang penyayang dan melindungi adiknya ini selamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Suciuwais , Tiktok Makder
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

