Artis / Selebriti
” Selalu kita ajar dia, dia jawab salah. Kali ni, dia pulak cuba nak ajar kita balik, haha.. ” – Watie Hanifiah
Video gelagat Ayash Affan mengajar mummynya, Watie Hanifiah menyebut Kuch Kuch Hota Hai buat warganet terhibur. Nakal Watie sengaja sebut salah. Last-last Ayash pun terikut sama perkataan mummy. Ketawa Ayash tu mahal betul..
Ayash Affan merupakan anak lelaki peninggalan terakhir arwah Siti Sarah untuk Shuib Sepahtu sebelum dirinya menghembuskan nafas terakhir. Ayash membesar dengan sihat di bawah jagaan ibu Shuib dan sangat akrab serta manja dengan Watie Hanifiah yang dipanggil sebagai mummy.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Watie Hanifiah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ayash cuba mengajar Watie menyebut ayat Kuch Kuch Hota Hai. Tulis Watie di kapsyennya, sebelum ini Watie mengajar Ayash, namun sering salah sebutannya.
Kali ini, giliran Ayash pula mengajar Watie menyebut perkataan tersebut. Watie sengaja menyebut perkataan Hota Hai sebagai Haya Te. Beberapa kali Ayash membetulkan sebutan Watie, namun tetap tidak betul sebutannya. Watie bijak ‘memancing’ Ayash sehingga kan Ayash keliru perkataan yang salah dan betul.

Melihat telatah Ayash ketika bersama Watie ini menghiburkan hati warganet. Anak kesayangan seluruh keluarga Shuib ini semakin bijak berkata-kata. Tumpang seronok warganet mendengar gelak ketawa Ayash dan Watie menerusi video perkongsian ini.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 10 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Bijaknya dia..dia tahu mummy akan sebut yg betul kalau dia sebut yang salah..pandai eh Ayash haha.. “
” Masya Allah anak bertuah ni.. Kuch kuch hota haii mummyyyyyy ayash mood bollywood tu.. comeiii bijak pandai betul.. “
” Terhibur tengok part gelak tu.. ayash yang bijak dan pintar.. Terhibur kiter dengan zuriat terakhir arwah Siti Sarah ni.. Ayyash nampak arwah ibunya dalam diri mommy nya….that’s y bonding nya macam gam uHU.. “
” Bijakkk betul Ayash ni !! sayang mommy tauu.. Apalh mami ni, puas dh Ayyash ajar, masih x pandai lagi.. “
” Apa la mumy ni..pnt ayash btul kn..asik salah je… abg ayash semakin bijak ye sjk da ada akira ni.. “
” Ini lah contoh ajaran emak mudah di ikuti anaknya.. comel lah tengok Ayash sebut perkataan yang salah pastu ketawa sama sama watie.. penghibur hati mummy betul lah ayash ni.. “
” He can differentiate the words… Alhamdulillah. Smart boy… comel ayash sebut salah.. nsb ayyash xstresss silap2 hotak kau.. “
Terhibur warganet melihat gelagat Ayash dan mummynya itu. Ketawa Ayash paling mahal dan mampu menceriakan sesiapa sahaja yang menontonnya. Anak bertuah sungguh Ayash ini, akhirnya yang salah juga disebutnya. Ayash yang menghiburkan, semoga menjadi anak yang soleh Ayash Affan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masya Allah, cantiknya Kak Pila. Tergugat anak dara ni, hampir tak cam tadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hari ini mummy tidak kehilangan seorang anak, tetapi mummy.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Handsomenya hubby Kak Fila ni. Manis je muka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ada perkara yang kita tidak boleh jangka kan, jadi saya.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jangan cuba-cuba nak berhenti sekarang. Kalau berhenti, saya report polis, haha.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley

