Artis / Selebriti
” Siti Sarah is ‘reborn’, makin menyala suara Thalita ni.. ” – Komen Netizen
Video penuh persembahan Thalita di Rasa Fusion Food Festival menyanyi lagu arwah ibunya, Jangan Kau Mimpi raih pujian. Fuh menyala lah Thalita menyanyi diiringi orkestra. Gaya memang sebijik macam arwah Sarah..
Rasa Fusion Food Festival X Sambutan Ulang Tahun Ke-20 MBPJ berlangsung di Perkarangan Parking Dewan Sivik MBPJ bermula 18 sehingga 21 Jun 2026. Ramai artis popular tanahair yang dijemput untuk menghiburkan para pengunjung antaranya Ernie Zakri, Floor 88, Thalita dan ramai lagi.
Anak kepada Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah, Thalita semakin bersinar dan menjadi pilihan ramai penganjur events. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Rasa Fusion Food Fest dan hearty.thalita, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Thalita semalam.
Untuk pertama kalinya, Thalita mendendangkan lagu hits ibunya berjudul Jangan Kau Mimpi. Walaupun lagu ini hanya diketahui oleh Thalita ketika sesi soundcheck, Thalita tetap berusaha memberikan persembahan terbaik. Ramai yang memuji vokal Thalita dan gaya nyanyiannya yang persis seperti Siti Sarah.

Thalita semakin bijak mengawal pentas dan aura penghiburnya semakin menyerlah. Memetik komen warganet, ramai yang mengatakan Thalita adalah penyambung legasi Siti Sarah. Usaha Thalita untuk terus memperbaiki vokalnya mula menunjukkan hasil dan sekarang, Thalita boleh berbangga dengan dirinya itu.
Jom tonton video di bawah :
@rasafusionfoodfest Thalita 🌼 Rasa Fusion Food Festival X Sambutan Ulang Tahun Ke-20 MBPJ 📍 Tapak Parking Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, Selangor 📆 18 – 21 Jun 2026 ⏰ 9 Pagi – 12 Tengah Malam Orang Petaling Jaya! Jangan Lupa semua! Datanglah Beramai-Ramai Ke Rasa Fusion Food Festival Yang Akan Diadakan Selama 4 Hari, Bermula Dari 18 Jun Hingga 21 Jun 2026, Bertempat Di Tapak Parking Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, Selangor. Ada Pelbagai Jenis Makanan & Minuman Yang Viral & Meletops!!!! Katanya Dia Bawa 12 Influencer/Artis Seperti – ROBIATUL ADAWIAH – RABI CREPE 🥠 AI RINA – SOTO MADURA 🍲 AI AISYAH – BUBUR AYAM GARCHILL 🥣 MEM AINS – DAPUR MEM AINS 🌶️ AFIERA GOES – POGEDIL 🥔 AI SULONG – AIR PAPER BAG SULONG 🛍️ AQIL ZULKIFLEE – AQILICIOUS 🧀 AZFARHERI – TENDER TOWN 🍗 DANIAL MISBAN – PUNTEN KING 🍚 FARHAN CALOY – MAC MAFIA 🍝 SHUIB & MAMAT – SEPAH PENYET 🐓 Ada Juga Persembahan Bersama Artis Seperti – CHERPEN 🎸 FLOOR 88 🎱 KOI 🎏 ERNIE ZAKRI 🎙️ LAN SOLO ⚡️ NAIM DANIAL 🍁 ZUBIR KHAN 🎤 THALITA 🌼 SHIDI DATA 🤠 VICTORIA 🌸 IEWAN R2 (EMCEE) 😝 IDLAN PON PON (EMCEE) 😎 Ha, Tunggu Apa Lagi Orang PETALING JAYA?! Rugi Besar Kalau Korang Tak Datang! Jomlah Datang Ramai-Ramai Memeriahkan & Menyokong Event Ni. Orang PETALING JAYA SELANGOR Memang Sentiasa Hebat Dan Padu💥 RASA FUSION FOOD FESTIVAL X SAMBUTAN ULANG TAHUN SAMBUTAN KE-20 MBPJ @Thalita_Shuib #rasafusionfoodfestival #sambutanulangtahunke20mbpj #petalingjaya #mbpj #foodfestival
♬ original sound – Rasa Fusion Food Festival – Rasa Fusion Food Festival
@hearty.thalita Jangan Kau Mimpi – Thalita @tatatintun
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Rasa macam tengok arwah Sarah yang menyanyi. Sama siot dengan cara ibu dia menyanyi. Hebat lah Thalita, power sangat skarang.. “
” Baru form 1 dah sedap macam ni suaranya.. gaya dan kematangan TK MCM anak umur 13 tahun…MCM dh matang…respect didikan keluarga…nmpk boleh jaga keluarga DN adik²..aaminnn.. “
” Siti sarah is reborn.. fly high thalita.. Sangat mirip suaranya.. ada dah pengganti arwah ibu dia.. suara dekta dah mantap sekarang.. “
” Pejam mata, ada suara arwah Siti Sarah.. aa sedihnya tapi bangga tengok dekta dah semaju ni. yg penting muzik tu okestra, susah nnyi dgn okestra tpi dekta bole sahut, tahniah dekta.. “
” Sikit masa lagi dah 100% ikut lontaran suara ibu dia… utk remaja ymur 13 tahun dan kualiti suara yg mcm ni.. love it.. “
” Nampak dah makin matang makin confident dalam persembahan/nyanyian. Good job thalita.. dia nyanyi..aku plak yg bangga.. Bagi yg tak tau, Last minute sangat dia diarahkan tukar ke lagu ni…good job dekta.. “
” Legacy arwah siti sarah.. saya dah tersuka dengan suara dia,,paduuu.. pejam mate..mmg igt arwah yg nyayi .sedap suara dia. makin menyala suara dekta ni.. “
Satu persembahan yang hebat dan penuh bertenaga daripada Thalita. Walaupun baru setahun jagung dalam industri seni, Thalita berjaya membuktikan dirinya benar-benar berbakat dan tidak hanya menumpang nama Siti Sarah. Thalita adalah penyambung legasi Siti Sarah dan teruskan perjuangan Thalita sehingga berjaya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rasa Fusion, Tiktok Hearty.thalita
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga5 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pergh dah dapat tone suara mak dia. Pejam mata weh, meremang. Aura Sarah kuat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Shuib sampai cakap selama dia kenal Watie, dia tak pernah tengok diri Watie macam ni.. ” – Watie Hanifiah

