Artis / Selebriti
” Pergh dah dapat tone suara mak dia. Pejam mata weh, meremang. Aura Sarah kuat.. ” – Komen Netizen
Video Thalita sedang rehearsal menyanyikan lagu arwah ibunya, Jangan Kau Mimpi raih pujian ramai. Fuh, sebijik sama macam suara arwah Siti Sarah. Macam dengar Sarah yang menyanyi, meremang dengar..
Selepas berakhirnya rancangan realiti TV, Talk To My Manager musim 1, Thalita antara peserta yang aktif mendapat jemputan untuk menyanyi di banyak majlis. Satu demi satu tawaran dipenuhi oleh anak kepada Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah Raissuddin ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok bogsagoxzjb, telah dikongsikan satu video yang memaparkan aksi Thalita ketika menghadiri sesi rehearsal untuk satu acara di MBPJ yang dijadualkan pada hari Sabtu ini. Lagu berentak rancak daripada Siti Sarah menjadi pilihan Thalita untuk persembahannya itu.
Jangan Kau Mimpi versi orkestra akan dibawakan oleh Thalita buat kali pertamanya. Shuib juga ada berkongsikan serba sedikit kejadian yang berlaku di sesi rehearsal tersebut. Mendengar teaser nyanyian Thalita, ramai yang kagum dengan kehebatan suara anak muda ini.

Ramai yang bersetuju yang suara Thalita saling tak tumpah seperti suara ibunya. Tone suara Sarah sudah menyerap masuk ke dalam diri Thalita. Memetik komen warganet, ada yang mengatakan cara Thalita melenggokkan lagu ini seakan-akan mendengar Siti Sarah yang menyanyi.
Jom tonton video di bawah :
@bogsagoxzjb
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :
” Perhh dah dapat tune suara mak dia. Pejam mata weh, meremang aura sarah kuat. terbaikk lah thalita. betul betul penerus legasi siti sarah.. “
” Meremang dgr suara dia mkin baik.. Tunggu jelh dia da besar mmg power.ini bru 12tahun da seberani ini.. “
” Sama sora ibu dia la, mula ii dengar dah meremang sebijik arwah. Sebijik suara ibu dahh nii… FLY HIGH TALITA.. “
” Boleh tak nak cakap bulu roma akuu naik siot , smpaii kepeha ea rasa dia bila dengar suara dia . Perghh . Kipidap dongibab kakak tata.. “
” Memang naik sungguh wehhhh aura mok dia sungguh orkkk.. terus goosebump 1st dear tata nyanyi ni.. memang aura ibu dia kuat.. kipidap tata.. “
” Suara dia dah matured bunyi mcm mak dia sehhh.. gerekkk la thalita maigadddddd.. wehh dah dpt rentakk mak.. dia dh yakin.. sy peminat arwah mak dia, rinduu dgr suara niii.. “
” Tone suara arwah Sarah payah nk cari, tp turun kt dek ta. Siti Sarah dah come back. tunggu beberapa tahun lagi, thalita boleh dh bt konsert tribute lagu² arwah ibu mesti ramai yg akan dtg.. “
Suara Thalita membawakan lagu ini saling tak tumpah seperti cara Siti Sarah menyanyi. Tone suara unik Siti Sarah diwarisi oleh Thalita dan akan terus menghidupkan legasi Siti Sarah dalam industri. Selamat maju jaya Thalita dan semoga perjalanan seni Thalita berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Bogsagoxzjb, IG Shuib
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga3 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry

