Connect with us

Artis / Selebriti

” Tak sangka benda ni boleh terjadi dan menjadi viral.. ” – Fattah Amin

Video temubual Fattah Amin mengenai tular video yang membabitkan kes pembantu rumah yang dipu kul oleh majikannya baru-baru ini raih perhatian warganet. Kesian Fattah dan Amira, tak pasal-pasal jadi viral. Ini penjelasan Fattah..

Meninjau di akaun Instagram milik Media Hiburan, telah dikongsikan video yang memaparkan temubual bersama pelakon terkenal, Fattah Amin tampil menjelaskan tindakan dirinya bersama isteri, Amira Othman mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi wakil peguam berhubung dakwaan tular melibatkan seorang pembantu rumah yang dipu kul oleh majikannya baru-baru ini.

Menerusi video itu, jelas Fattah langkah tersebut diambil bagi mengelakkan sebarang salah faham di kalangan masyarakat yang mengikuti perkembangan isu berkenaan. Kata Fattah lagi, kenyataan itu dikeluarkan selepas beliau mendapati masih terdapat segelintir pihak yang kurang jelas mengenai perkara sebenar.

Situasi tersebut menyebabkan pelbagai spekulasi timbul, malah ada yang mengaitkan namanya secara langsung dengan kes yang sedang diperkatakan di media sosial. Tambahnya lagi, penyebaran maklumat yang tidak tepat boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap individu yang terlibat.

Menurut Fattah, penggunaan khidmat peguam untuk mengeluarkan kenyataan rasmi merupakan langkah paling sesuai bagi memastikan setiap maklumat yang disampaikan adalah tepat dan tidak menimbulkan kekeliruan. Malah, pendekatan itu juga dilihat mampu mengelakkan sebarang salah tafsir yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ada yang menyukai perkongsian video ini dan bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Fattah. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Yaa Rabb, lindungilah Fattah Amin dan Amira Othman didalam pelukkan kaseh sayang Mu dan dipermudahkan segala urusan.. “

” Kesian diaorng tiba² kena fitnah disebabkan bergambar je… Padahal orng lain yg buat.. Semoga dipermudahkan segala urusan Fattah & Amira.. Aamiin.. “

” Saman je.Posting tak agak2.Tak cari cerita yg sahih.Dah tu 2 kes boleh digoreng jadi 1 cerita.Nampak la mcm Malaysia ni kejam.Padahal negara sendiri lebih kurang.. “

Dalam masa yang sama, Fattah berharap orang ramai tidak membuat andaian atau menjatuhkan hukuman terhadap mana-mana pihak tanpa mengetahui fakta sebenar. Beliau percaya setiap isu perlu diteliti dengan sebaiknya sebelum sebarang kesimpulan dibuat.

Penjelasan yang diberikan itu turut mendapat perhatian ramai warganet yang mengikuti perkembangan isu tersebut. Rata-rata berharap agar segala kekeliruan dapat dileraikan dan semua pihak yang terlibat diberikan ruang untuk menyelesaikan perkara berkenaan dengan baik serta mengikut saluran yang sewajarnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG mediahiburanofficial, amiraaothman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Cosmoderm

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
📰 Berita🏛️ Politik: Politik💰 Ekonomi: Ekonomi🏥 Kesehatan: Kesehatan⚽ Olahraga: Olahraga🎬 Hiburan: HiburanPendidikan💻 Teknologi: Teknologi
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized