Artis / Selebriti
” Pretty lah dia, muka Bunga pun nampak macam chinese.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Jinggo mengenai telatah cucunya, Bunga Elhaq menyambut sambutan Tahun Baru Cina menarik perhatian ramai. Alahai cantiknya Bunga, part menari tu comel sangat..
Umum mengetahui bahawa pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly telah dikurniakan dua orang cucu. Cucu sulungnya, Bunga Elhaq sering menjadi perhatian ramai kerana kecomelan wajah serta telatah spontannya yang mencuit hati. Setiap kali muncul dalam perkongsian keluarga, pasti ada sahaja aksi Bunga yang menghiburkan.
Terbaru, menerusi akaun Instagram milik suami Sheila iaitu Jinggo yang lebih mesra dikenali sebagai Tok Sidang, telah dimuat naik satu video memaparkan Bunga. Perkongsian tersebut segera menarik perhatian warganet yang sememangnya gemar melihat perkembangan si kecil itu.
Menerusi video berkenaan, kelihatan Bunga anggun mengenakan busana berwarna merah yang cukup menyerlah. Difahamkan, pakaian tersebut digayakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan di sekolahnya. Penampilannya yang ceria dan berseri-seri membuatkan ramai tidak jemu melihatnya.

Lebih mencuit hati, Bunga turut dilihat menari mengikut rentak muzik Tahun Baharu Cina dengan penuh semangat. Gayanya yang bersahaja namun yakin benar-benar mencuri tumpuan dan membuatkan ramai terhibur melihat keletahnya.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Pretty lah dia. Muka Bunga pun nampak macam chinese.. Muka Bunga ni, manis sangat, orang cakap pandang tak jemu.. “
” Cantikk sangat laaa Bunga niii.. Luv you so much, moga jadi anak yang baik, penyejuk hati ibu bapanya.. “
” Tomei betul lah cucu Tok Sidang dan Sis Sheila Rusly ni.. MasyaAllah kita yang tengok pun jadi sejuk hati.. “
” Amboi comeinya amoi ni.. Betul2 Junior Sheila Rusly.. Muka copy paste nana dia betul lah, hehehee cantik.. “
” Cantiknya Bunga.. Baju pun cantikkkkk.. So sweet so cute so pretty Amoi Bunga.. Kalau orang cakap anak cina pun percaya ni, hehe.. “
” You are so cute Moi Moi Bunga.. Ini budak dari lahir lagi dah comel, ini besar pun makin comel sangat lah.. Cantikkk.. “
” Bunga ni tahu tak nana dye pelakon dadanye pengarah makngah n pkngah Nye pelakon popular belum lg mak Nye pelakon cntik… Aiyok Bunga kecil2 awk dah cantik..”
Selain itu, warganet turut memuji kecomelan Bunga dan ada yang berpendapat wajahnya kelihatan seperti anak orang Cina apabila mengenakan busana tersebut. Tidak kurang juga yang mengatakan kecantikannya itu diwarisi daripada nananya sendiri, Sheila Rusly.

Silakan SHARE..
Sumber : IG jinggo_jspictures, bungaelhaq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

