Artis / Selebriti
” Lala, dalam hati daddy ni ada 2 orang je perempuan yang daddy cinta.. ” – Syamel
Video respon Khawla Soleha apabila ayahnya, Syamel memberitahu dalam hatinya hanya ada 2 orang perempuan sahaja buat ramai terhibur. Fuhhh, tak sangka Lala boleh sebut nama 2 artis tu. Pucat muka Syamel dibuatnya. Terkejut dan naik angin Ernie dengar, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik syamelovers, telah dikongsikan satu rakaman video yang memaparkan perbualan Syamel bersama isterinya, Ernie Zakri serta anak mereka, Khawla Soleha. Menerusi video tersebut, pada awalnya Syamel berkata bahawa dalam hatinya hanya ada dua nama perempuan sahaja yang dicintainya.
Mendengar kata-kata bapanya itu, Khawla atau lebih dikenali dengan panggilan manja, Lala secara spontan bertanya siapakah dua nama perempuan tersebut. Namun, apa yang mencuit hati adalah apabila Lala sendiri menjawab dengan menyebut dua nama ahli kumpulan Dolla iaitu Sabronzo dan Tabby.
Jawapan spontan Lala itu membuatkan Syamel terus berdekah ketawa. Namun, reaksi Ernie pula sedikit berbeza apabila dia kelihatan kurang senang dan tidak berpuas hati dengan kenyataan anaknya itu. Ernie Zakri kemudian menegaskan bahawa hanya namanya dan Lala sahaja yang berada dalam hati Syamel.

Lebih menghiburkan, Lala dengan selamba berkata bahawa dia tidak kisah sekiranya nama Sabronzo dan Tabby berada di dalam hati bapanya. Kata-katanya yang jujur dan bersahaja itu nyata menambahkan lagi kelucuan situasi tersebut. Hingga ini, video tersebut telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah
@syamelovers Daddy terus speechless yaaa 🤣👻 @Syamel @erniezakri #xyzbca #PERTAMA #xyzbcafypシ
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kau jangan main-main Lala. Mak kau dah tinggi suara dah tu, haha.. Pandai pulak sebut sabronzo & tabby.. “
” Kenapa random sangat ni Lala .. Mengekek kami ketawa dengar.. Ernie pun tengah tahan sabar je tu, haha.. “
” Lala okey je dlm hati daddy ada sabronzo, hahahhaa memandai je kau Lala oi.. Amboi2, ahahaha naik angin mak kau Lala oii.. “
” Dia siap menyanyi tu tatahan.. Dia umpama gembira sgt sabrozon & tabby ada dlm hati ddy dia , hahaha bertuah punya anak.. “
” Ah sudahhhhhhhhhh. Angel tlg setel.. Hahahhaa berdekah aku dengar Ernie cakap Lala lalang, hhahaha Lala memang lalang betul.. “
” Siap menyanyi lagi, si ayah pun seronok betul tengok anak menyakat maknya.. Haha happy sangat tengok family ni.. “
” Hahahaha ko Lala memang meminta sangat ni.. Baru ibu nak layan2.. Potong mood betul lah ko Lala, ahaha.. “
Malah, ketika Ernie sedang berleter kerana tidak berpuas hati, Lala sempat menyanyi dengan penuh ceria. Perkongsian video ini turut mengundang tawa di kalangan warganet. Malah ramai yang berpendapat Lala seorang yang sangat kelakar dan gemar mengusik ibunya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok syamelovers, IG bulanbintanghq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

