Artis / Selebriti
” Ya Allah, kurniakanlah isteriku haji yang mabrur.. ” – Datuk Yusry
Perkongsian Datuk Yusry Abd Halim untuk isterinya, Datin Lisa Surihani yang sedang menunaikan ibadah haji buat warganet tersentuh hati. Doa yang tulus untuk sang isteri yang jauh di Tanah Suci Mekah. Touching baca..
Sebagaimana yang semua sedia maklum, Datin Lisa Surihani kini sedang mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah. Pemergian Lisa menyahut seruan haji itu seorang diri dan tidak ditemani oleh Datuk Yusry kerana masalah visa Datuk Yusry.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Yusry Abd Halim, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Datin Lisa yang cantik dan ayu berjubah. Datuk Yusry turut mencoretkan satu bingkisan panjang untuk isterinya ini berupa doa yang ikhlas dari lubuk hatinya yang paling dalam.
Sebagai seorang suami, Datuk Yusry mengharapkan yang terbaik untuk Datin Lisa. Banyak doa yang impiannya yang dicoretkan dalam perkongsian ini. Memetik komen warganet, ramai yang tersentuh membaca coretan doa Datuk Yusry untuk wanita yang dicintainya itu.

Redha seorang suami adalah tiket paling mahal dan ganjaran syurga dijanjikan untuk isteri yang taat seperti Lisa. Apa yang pasti, Datuk Yusry menyimpan hasrat untuk dapat ke Tanah Suci bersama-sama Datin Lisa pada suatu hari nanti seandainya diizinkan oleh Allah.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 59 ribu tanda suka daripada wargaent. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” A bless is to have suami yg mencintai, doa seorang suami dan suami yg xmalu menunjukkan rasa syg nya and she got all of it, Alhamdullillah.semoga korang sentiasa dlm lindungan nya.. “
” Sebak baca. Doa seorang suami buat isterinya. Moga keluarga sentiasa dalam lindungan, redha dan rahmat Allah swt.. “
” Mudahnya ke syurga dengan redha suami je, masya Allah.. Mereka memang dijodohkan bersama sampai syurga.. “
” MasyaAllah.. indahnya doa seorang suami.. InsyaAllah yusryabdhalim, takkan terpadam “permintaanmu” itu & lisasurihani teruslah istiqamah serta dikurniakan haji mabrur.. ramai yg mendoakan yg terbaik buatmu di sini.. Saya tak pernah ke sana..awak antara contoh terbaik yang saya nampak.. Semoga suatu hari nanti saya berpeluang menunaikan ibadah di sana..Aamiin ya mujib.. “
” MashaAllah sebaknya baca doa ni.. saya tlg aamiin kan buat Tuan dan isteri.Moga di kurniakan rezeki buat Tuan juga.. “
” Amin amin YRA. Doa seorang suami buat isterinya. Lovely Semoga ur family sentiasa dalam lindungan, redha and rahmat Allah SWT.. “
” Masyaallah baca pun rasa.. She’s so lucky Alhamdulilah. Nmpk la keikhlasan seorang suami.. Tiap kali baca tulisan Abg Yusri untuk Kak Lisa mesti saya sebak.. “
Doa yang tulus dan ikhlas dari hati seorang suami untuk isteri tercinta. Semoga Allah perkenankan dan makbulkan semua impian Yusry untuk Lisa. Kami di Berita Kopak juga mendoakan agar perjalanan haji Lisa berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Yusryabdhalim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” As a mother, it was one of the most frightening moments i have experienced.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak sangka Que boleh nyanyi sesedap ini. Suara dia ada vibes tersendiri yang tak ada kat penyanyi lain.. ” – Komen Netizen

