Artis / Selebriti
” Seronok tengok Adrian happy macam ni. Ada teman menyanyi yang baru.. ” – Komen Netizen
Video Oddah menemani anak Amyza Aznan, Adrian Adam menyanyi bersama-sama raih perhatian warganet. Wah, suka tengok bonding Oddah dan Adrian..
Anak kedua Amyza Aznan, Adrian Adam disahkan sebagai pesakit kanser tulang pada bulan Ramadhan yang lalu. Kisah penderitaan Adrian mendapat perhatian daripada warganet dan juga rakan selebriti yang lain. Sekali pun diuji dengan sakit, Adrian tetap kuat dan redha dengan ujian Allah itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Shieraijoy74 dan Erilrs, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan moment Adrian meluangkan masa bersama anak penyampai radio popular, Sharifah Shahirah iaitu Auddra atau lebih mesra dengan panggilan Oddah.
Sebelum ini arwah anak sulung Amyza, Andre Mikhail yang sering menemani Adrian berkaraoke. Untuk info, semua anak-anak Amyza memiliki suara yang merdu dan sedap didengar. Kesempatan bertemu Oddah digunakan dengan sebaiknya oleh mereka berdua.

Odda menemani Adrian menyanyi dan banyak lagu yang mereka berpadu suara bersama-sama sepanjang pertemuan itu. Suara Adrian sememangnya lunak merdu. Oddah pula semakin hari semakin banyak kemajuan dalam vokalnya dan menjadi rakan duet yang melengkapi untuk Adrian.
Jom tonton video di bawah :
@shieraijoy74 Odda ngan ian layan masa lapang katanya ..chill chill…banyak lagu mlm ni bawak ye…
@erilrs @adriann.336 in the house.. @Odda🩷🔥 pakai kain batik. #odah #auddra #worldcup
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Seronok tengok adrian happy macam nie.. terus happy okey bonding time selalu.. “
” So happy to see adrian ade teman menyanyi yang baru.. bagus sangat suara Adrian ni.. macam macam Odda, love tengok.. “
Kegembiraan yang kelihatan pada wajah Adrian itu disenangi oleh warganet. Kesakitan yang Adrian tanggung tidak menjadi penghalang untuk Adrian hidup gembira seperti sebelum ini bersama rakan-rakan. Ada pula kawan seperti Oddah yang ceria dan happy go lucky, semakin bertambah gembira Adrian.

Semoga persahabatan antara Adrian dan Odda ini sentiasa dalam rahmat Allah. Untuk Adrian, teruskan kehidupan dengan gembira dan semoga Allah akan menyembuhkan penyakit yang Adrian tanggung sekarang. Kami di Berita Kopak mendoakan yang terbaik untuk Adrian.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shieraijoy, Tiktok Erilrs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti7 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

