Connect with us

Artis / Selebriti

” Memang sepatutnya untuk TTMM tahun ni, Ean ada sebut.. ” – Amyza Aznan

Video anak Amyza Aznan, Andrian Adam membuat kemunculan istimewa di TTMM2 dan menyanyi lagu Datuk Sheila Majid, Ku Mohon di atas kerusi roda undang sebak ramai. Merdu sungguh suara Ean, nyanyian yang sangat menyentuh hati.. 

Suasana pentas Talk To My Manager Musim Kedua malam semalam bertukar hiba apabila anak kedua kepada Amyza Aznan iaitu Adrian Adam atau lebih mesra dipanggil Ean tampil membuat persembahan istimewa di hadapan penonton.

Segmen khas itu membawakan Amyza bersama Ean yang pada asalnya sepatutnya menjadi peserta musim kedua program berkenaan. Namun, hasrat mereka untuk melangkah lebih jauh dalam pertandingan tersebut tidak kesampaian keadaan kesihatan Ean yang disahkan menghidap kanser tulang semakin merosot.

Menurut perkongsian dalam program itu, Ean sebelum ini sudah mula mengikuti kelas vokal sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan berkenaan. Malah, bakat nyanyiannya turut mendapat perhatian ramai kerana memiliki suara yang lunak dan menyentuh hati.

Namun segalanya berubah apabila dia diuji dengan penyakit serius yang memerlukan rawatan yang berterusan. Walaupun berada dalam keadaan kurang sihat dan tampil di atas kerusi roda, Ean tetap menunjukkan semangat luar biasa apabila menyampaikan lagu Ku Mohon nyanyian asal Datuk Sheila Majid dengan penuh penghayatan.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen turut membanjiri media sosial dengan kata-kata semangat dan doa agar Ean diberikan kekuatan serta kesembuhan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” From the start Pak Nil announced bout amazing Amiza & Sons, mata terus and tambah nangis start Adrian sang the song, Ya Allah! Sakit dada aku nangis….he So sweet with that smile, kuatnya Adrian.. “

”  Terbaik,hari dalam sejarah TTMS2 hari ni 1 Malaysia menangis… lemak merdu suara anak amyzar,terus berdoa moga ada keajaibpan. Tabah & segalanye Allah mempermudahkan rawatan.. “

” Handsome perforner with a calming voice. You are a true fighter ian. May god bless you and your family through out the hardest time .. “

” Terbaik Adrian..dulu masa Family Duo kecik lg suara belum pecah pon sedap..sekarang lagi sedap..semoga terus kuat dik melawan sakit & kembali sembuh sepertia sedia kala.. “

” Suara terpaling SEDAP compares to semua participants kali nih! Dia improvise lgu ni pon sedapppppp…terbaik dik & semoga Allah angkat sakit awk.. “

” Dia ni yg masuk Family Duo dgn amyza nyanyi lagu Ku Bersuara tu ke? Macam2 dilalui nyanyi dgn hati yang begitu tenang , dipermudah segala urusan anakanda adrian dan keluarga.. “

” Get well soon adrian. Be strong!!! Everyone is praying for u and all the other cancer patients too. Much love .Suara dia paling sedap antara peserta lain.. “

Persembahan tersebut menyentuh emosi penonton di studio dan di rumah, malah ramai turut sebak melihat ketabahan anak muda itu menghadapi ujian hidup. Amyza juga dilihat tidak dapat menahan air mata ketika menyaksikan anaknya membuat persembahan istimewa di pentas TTMM2.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astrogempak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Cosmoderm

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
📰 Berita🏛️ Politik: Politik💻 Teknologi: Teknologi🎬 Hiburan: Hiburan💰 Ekonomi: EkonomiPendidikan⚽ Olahraga: Olahraga🏥 Kesehatan: Kesehatan
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized