Artis / Selebriti
” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
Video telatah Khairy Jamaluddin yang tergamam ketika menemubual Fazura di konti Hot FM buat warganet terhibur. Bukan Abang Jamil je terkaku, Chief KJ pun sama lah. KJ sampai lupa soalan bila Fazura panggil abang, kelakar betul..
Fazura nama bintang yang sering menjadi sebutan ramai. Selain bergelar pelakon dan usahawan, Fazura juga telah keluar dengan beberapa lagu single sebelum ini. Tahun ini juga memberikan satu pengalaman baru untuk Fazura apabila Fazura tampil dengan lagu raya bersama anaknya, Nur Fatima Aisya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fazura hadir ke konti Hot FM sebagai tetamu bersama penyampai, Fara Fauzana, Khairy Jamaluddin (KJ) dan Johan Raja Lawak. Banyak yang dibualkan mengenai lagu raya Fazura dan Fatima.
Fazura seorang yang selalu positif dan ada auranya tersendiri. Selebriti ini juga mempunyai adab dan budi bahasa yang baik serta tutur katanya penuh kelembutan. Ketika KJ mengajukan soalan, Fazura menggelarkan KJ sebagai ‘abang’ kerana memahami perbezaan umur antara mereka.

KJ pula jarang untuk kelihatan gementar tetapi lain jadinya apabila bertemu dengan Fazura. Fara dan Johan pula seronok mengusik KJ dan gelagat mereka itu menghiburkan warganet. Fazura juga seorang yang sporting dan suka mengusik sehinggakan KJ terlupa soalan yang ingin ditanyakan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Come one Chief. You address in United Nation kot Chief!! U boleh cakap di Parlimen dgn penuh wibawa Chief. Takkan nervous skrg.. “
” Hahhahaa kat sini duk tersipu pulak chief.. suara Faz lembutttt bckp dgn abg kj… Apa lagi abg kj ni cairrrr letewwew.. “
” Habis tercabar lah abang Jamil haha.. 1st time tgok KJ tak confident haha.. que dengan kj sama je. bercakap dengan faz auto panic haha.. “
” Kak faz kuat mengusik… Cantik sangat kak faz… Gagap terus KJ.. Hanya mampu Gelak adoii abg KJ.. Tiba2 tukar umur ke 35 & bergaya dtg konti chief hari ni.. “
” Part ni td dgr kt radio.. duk gelak2 je.. sbb boleh bayangkan KJ terkedu bila kak faz panggil abg.. pastu tiber chief muda dari aku ye.. “
” Hahaha gelak tgk ni. Nampak betul nervousnya tu KJ haha.. dgn Fattah pun KJ eksaited jumpa kt ABPBH dulu2. Dgn Fazura pun mcm ni gaya . Kemon bang KJ.. “
” Bukan soalan je lupa umur pn lupaa haha.. amboi chiefff.. Terpukau ekk. Gitu je Kak Fafau bagi tissue ehh.. tak tentu arah KJ dibuatnya.. Speech delay teruss KJ dpn Fazura.. “
Terhibur warganet melihat gelagat KJ yang nervous apabila bercakap bersama Fazura. Apa-apa pun, Fazura menghormati KJ sebagai orang yang lebih berusia daripadanya dan panggilan ‘abang’ itu sebagai tanda hormatnya. Sampai terkedu KJ apabila diusik oleh Fazura, Fafau dan Johan. Hilang macho chief, haha..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hot FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

