Connect with us

Artis / Selebriti

” Relax je Hussain ni menyanyi, siap tarik suara lagi. Comelnya Hussain pimpin tangan bapak dia.. ” – Komen Netizen

Persembahan bertenaga Hussain dengan lagu Berdendang Dalam Tangisan, nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah di pentas separuh akhir TTMM2 raih pujian ramai. Fuh Pak Hayat pun menari dan menyanyi bersama-sama Hussain di pentas. Paduan suara anak dan ayah yang memukau.. 

Program Talk To My Manager musim 2 (TTMM2) telah pun sampai ke minggu separuh akhir. Semalam menyaksikan 6 peserta berentap untuk merebut tempat ke peringkat akhir. Salah seorang peserta kegemaran ramai yang menjadi perhatian adalah Hussain Jamilul Hayat.

Hussain mempertaruhkan lagu dendangan asal Datuk Jamal Abdillah berjudul Berdendang Dalam Tangisan untuk minggu separuh akhir TTMM2 ini. Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz dan Media Hiburan Official, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan persembahan Hussain itu.

Hussain memiliki pakej lengkap dan keunikannya yang tersendiri. Suara Hussain yang lunak dan merdu sesuai membawakan lagu berentak irama Malaysia seperti ini. Hussain menyanyikan lagu ini dengan caranya yang tersendiri dan tidak dibayangi penyanyi asal.

Persembahan Hussain digemparkan lagi dengan penampilan Jamilul Hayat yang turut menyanyi dan menari di pentas bersama Hussain. Penonton memberikan sorakan dan tepukan gemuruh untuk Hussain dan ayahnya itu. Ayah yang sentiasa ada untuk melihat Hussain berjaya dalam arena seni suara tanah air.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian tersebut telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :

” Comelnya Hussain pimpin tangan bapak dia.. Mmg lurveeeeee . Lurveeee sangatttt . Pakyat comel Allah … Mudahan sihat2 berpanjangan abahyat.. “

” Relax je si Hussain ni menyanyi, siap tarik suara lagi pun santai je. Best la Hussain dgn ayahnye… Seronoknye setiap kali tengok Hussain perform… Semoga rezqi Hussain sentiasa mengalir deras… Aamiin.. “

” Wah dah sihat ayahnya, dah boleh menari dan menyanyi. so touching, TTMM bukan level Hussain, suara sedap sangat.. Hussain juara please.. “

” Hebat, Hussain punya high note wow sangat. Pakyat comel lah menari camtu.. hebatnya dua beranak ni,byk sgt improvement . pakyat awal² konsert berbeza dgn yg skrg yee. semoga sihat slalu pakyat, terus kuat,sihat… Terbaik sgt.. “

” Suara Hussain klasik gemersik dan lemak merdu, masya Allah.. persembahan yang bertenaga dan sangat terbaik. suara Hussain bergabung dengan suara ayahandanya, marvelous sangat.. “

” Sedapnya Hussain bawa lagu ni, lenggok tersendiri berbeza dengan Datuk Jamal nyanyi.. Hussain tapau semua genre, alhamdulillah power.. “

” Fuh meremang dengar suara Hussain. Bertambah meremang bila Hussain berpadu suara dengan ayahnya, padu betul suara. Kejutan untuk semua tengok Pak Hayat dah boleh menari dan menyanyi macam dulu-dulu. Alhamdulillah, Hussain all out.. “

Satu persembahan yang memukau dan istimewa daripada Hussain dan Jamilul di pentas separuh akhir TTMM2. Hussain juga kelihatan selesa dan begitu enjoy sepanjang persembahannya itu. Semoga Hussain dapat meraih gelaran juara dan melakukan yang terbaik di pentas final nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Media Hiburan Official, IG Sooka Malaysia, IG Astro Gempak, IG F8buzz  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Corsx

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
📰 Berita⚽ Olahraga: Olahraga💰 Ekonomi: EkonomiPendidikan🏛️ Politik: Politik💻 Teknologi: Teknologi🎬 Hiburan: Hiburan🏥 Kesehatan: Kesehatan
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized