Artis / Selebriti
” Dia bawa dengan cara dia sendiri. Tak payah mendayu-dayu macam Tokti pun sedap.. ” – Komen Netizen
Persembahan Azeva di pentas separuh akhir TTMM2 menyanyikan lagu DS Siti Nurhaliza, Nirmala raih pujian ramai. Wah lain macam betul bila Nirmala dinyanyikan dengan genre latin. Kreatif dan best sangat, juri pun puji dan dapat standing ovation..
Azeva antara calon juara yang disebut-sebut oleh peminat rancangan realiti TV, Talk To My Manager musim 2 (TTMM2). Anak kepada Ameng Spring dan Datuk A. Aida ini mencuri perhatian orang ramai dan saban minggu, persembahannya dinanti-nantikan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Azeva di minggu separuh akhir TTMM2 semalam. Azeva membawakan lagu popular biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Nirmala.
Azeva membawakan kelainan apabila lagu irama Malaysia ini dinyanyikan dalam rentak latin. Ramai yang memuji keunikan dan vokal Azeva yang semakin bagus dari minggu ke minggu. Walaupun tarian Azeva kelihatan sedikit keras, namun ianya tidak mencacatkan persembahan Azeva yang penuh bertenaga itu.

Memetik komen warganet, Azeva mempunyai pakej lengkap sebagai seorang penyanyi. Azeva memiliki vokal dan suara yang sedap didengar selain memiliki rupa paras yang jelita. Para juri tetap juga memberikan pujian untuk persembahan Azeva ini.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Best dan cantik.menari tu keras mmg tahu dia xpandai menari tapi pakej suara n rupa dh ada.. “
” Minggu lepas ngan minggu nie nampak terserlah Azevaaa.. Unique in her own way, tak perlu jadi Tokti pun tetap sedap didengar.. lain macam Nirmala versi Azeva ni. Latin terus diberinya.. “
” She looked stunning and sounded even better. Vocal dia padu malam ni, smooth je.. tak sia sia berguru dengan tokti.. terbaik lah Azeva.. “
” Dia bawak dgn cara dia sendiri..x payah mendayu2 mcm dato ct..sedap..sesuatu yg baru.. pertaruhan yang terbaik daripada azeva, versi latin pun sedap dengar.. “
” Aaaaa lurvee sangattt performance Azeva, siap dapat standing ovation lagi.. power vokal. azeva the best.. “
” Pakaian sopan, org cantik, suara pun lunak, full package.. calon juara, semua ada.. pembukaan persembahan yang terbaik.. “
” Nafas baru yang berbeza daripada azeva. tak pernah sangka lagu nirmala boleh jadi versi latin macam ni.. kreatif lah azeva dengan datuk a.aida ni.. terbaik.. “
Nirmala versi latin yang membawa kelainan pada persembahan Azeva. Ia turut meraih standing ovation daripada para juri. Azeva dan managernya begitu kreatif dan tahu apa yang terbaik untuk disajikan kepada penonton. Selamat maju jaya Azeva untuk pentas final dan semoga beroleh kejayaan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG F8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen

