Connect with us

Artis / Selebriti

” Love sangat Janam Janam versi Hussain ni. Ni la penghibur, semua dia tapau.. ” – Komen Netizen

Video Hussain Jamilulhayat menyanyi lagu Janam Janam di minggu ke 5 Talk To My Manager musim 2 raih pujian ramai. Fuh menyala lah Hussain menyanyi lagu hindustan. Patutlah dapat standig ovation daripda juri dan jadi juara minggu ni..

Pentas minggu ke 5 Talk To My Manager musim 2 (TTMM2) telah pun bersiaran semalam. Ramai penonton setia program realiti TV ini tidak sabar untuk melihat persembahan peserta kegemaran mereka. Hussain Jamilulhayat merupakan salah seorang peserta yang mempunyai ramai peminat.

Menerusi perkongsian di Instagram F8buzz, Media Hiburan dan Sooka Malaysia, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan persembahan hebat daripada Hussain. Untuk minggu ke 5, Hussain diberikan tugasan untuk menyanyikan lagu hindustan berjudul Janam Janam.

Lagu ini adalah pilihan Pak Azad untuk Hussain dan ternyata Hussain mampu menyanyikan lagu hindi ini dengan caranya yang tersendiri. Kreatif dan penuh bertenaga, itu yang dapat disimpulkan untuk persembahan oleh Hussain. Penguasaan pentas juga sangat baik untuk minggu ini.

Dari awal sehingga ke akhir persembahan, Hussain mendapat sorakan gemuruh daripada penyokongnya di auditorium. Hussain juga menerima standing ovation daripada juri tetap. Satu persembahan yang mega dan menghiburkan para penonton.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :

” Tahniah mantap suara pun padu.. love sangat Janam Janam versi Hussain ni.. mantop tahniah no 1 minggu ni Hussain.. “

” Kami iringi DOA dikejauhan buat Hussain dn Abah nya layak kefinal serta BerOleh KeMenangan dn menjadi Juara TTMM 2 tahun ini. Aamiin Ya Allah.. “

” Gud job hussain best sangat Janam Janam versi hussain.. Terbaikkk minggu ni… Sgt kreatif.. nyanyian sampai.. baju lawa.. menyalaa Hussain dgn ayahanda.. “

” Wow wow wow, syabas Hussain.. Paling konsisten. Mcm ni la agaknye kalau Jamal Abdillah nyanyi lagu hindustanddgn style suara menguap versi sedap halwa telinga.. “

” Nie la penhiburrr.. semua tapauuu.. .apa je lagu hussain bwa setiap mggu..memg terbaikk.. suara dia jelas, Kalau suara dh sedap, nyanyi lagu apa pun tetap sedap.. Menyala.. “

” Wow wow sedap giler Hussain nyanyi lagu Hindustan terbaik Hussain juara minggu Hussain.. Nyanyian dia lantang dan sebutan lirik yg jelas. great performance, great job Hussain dan Uncle Jamilul Hayat.. “

” Cuba dgr tnpa tgk clip. Dgr mcm bunyi DJA nyanyi lagu hindustan. Ada part2 dia la bkn semua. sedap, jelas power Hussain.. “

Sebutan yang jelas, lontaran suara yang mantap dan prop yang sangat membantu menaikkan lagi rencah dalam persembahan Hussain semalam. Sketsa Jamilul Hayat juga tersangat kreatif. Tahniah Hussain kerana berjaya merampas kembali tempat pertama pada minggu ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG F8buzz, IG Media Hiburan, IG Astro Gempak, IG Sooka Malaysia  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Maybelline

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
Pendidikan🏥 Kesehatan: Kesehatan🎬 Hiburan: Hiburan💰 Ekonomi: Ekonomi⚽ Olahraga: Olahraga🏛️ Politik: Politik📰 Berita💻 Teknologi: Teknologi
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized