Artis / Selebriti
” Part ni memang kelakar. Gitu je dia gula-gulakan kita, haha.. ” – Komen Netizen
Video behind the scene babak ketika Mira Filzah bawa skuter dalam drama Curang Tanpa Niat buat ramai terhibur. Lah rupanya macam tu Mira bawa skuter. Lawak lah, Mira sendiri pun gelak, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik akmarinasazali, telah dikongsikan video yang memaparkan telatah pelakon Mira Filzah sedang melakonkan satu babak drama terbarunya iaitu Curang Tanpa Niat. Menurusi video itu, kelihatan Mira sedang menunggang sebuah motor skuter.
Selain Mira, ada bersama adalah seorang kanak-kanak yang melakonkan watak sebagai anaknya dalam drama tersebut. Dilihat Mira hanya menggunakan kaki untuk menggerakkan motor skuter itu ke hadapan. Selepas selesai melakonkan babak itu, Mira tidak dapat tahan ketawa.
Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Gelagat Mira dalam babak ini mencuit hati warganet. Ramai yang mengatakan tidak menyangka rupa-rupanya Mira sebenarnya tidak pandai menunggang motor skuter itu walaupun babak itu memerlukan Mira berbuat sedemikian.

Sehingga kini, video lakonan Mira itu telah ditonton lebih 400 ribu tontonan dan menerima ratusan komen daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok. Muka Mira yang cuak dan seperti takut-takut membawa skuter ini turut menggeletek hati warganet.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@akmarinasazali Nervous punya pasal kan. Elina oh elina. Xpa la. Begitu la kehidupan housewife, mmg struggle. #curangtanpaniat
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur menonton telatah Mira. Antara komen-komen warganet adalah :
” Part ni memang kelakar masa dalam drama. Lepas tengok video ni, maka terjawab lah persoalan aku, haha.. Penat aku gelak tau.. “
” Masalahnya bukan aku je sorang ketawa, Mira pun ketawa hahaha dia pun mesti rasa kelakar kan.. Patut lh motor dia hbis minyak sbb dia tolak2 jer tak isi minyak, haha.. “
” Aku kena tarik balik lah pujian aku mira filzah pandai bawak moto… Hahhahaa aku kena scam.. Kesian abg, dh excited dh tu.. Tup² ibu dia gerak pakai kki je.. “
” Lor.. Sungguh2 akak percayakan mira bawa motor sendiri.. Siap bawa adik lelakinya naik moto, hahahahahaha.. Sabar jalh bila tengok video ni, haha.. “
” Gitu je dia gula2 kan kita, haha.. Ptut la adik Elina tu tak nk klu Elina nk hntr dia p kije dgn motor.. Mahu lambat sampai offis kalau gitu lah gayanya bawa motor, haha.. “
” Siap berkasut dengan helmet bagai.. Last2 pakai kaki je.. Hahhahahahaa ni memang kelakar, mengekek aku gelak tengok .. “
” Rsenye mcm Ummi Nazira jg kn.. Dia pon tak pandai bwk moto… Teringat klu dulu tgk cite rindu kasih… Mst masa pergi bwk moto balik mst jln kaki, hahaha.. “
Meskipun Mira tidak pandai menunggang motor skuter, namun Mira dan pelakon kanak-kanak itu dapat melakonkan babak ini dengan baik. Apa-apa pun, jangan lupa saksikan episod seterusnya drama Curang Tanpa Niat, lakonan barisan pelakon hebat iaitu Shukri Yahaya, Mira Filzah, Sharifah Sakinah dan lain-lain lagi.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok akmarinasazali, IG mfmirafilzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen

