Artis / Selebriti
” Ibu ni kan biarlah Afwa dengan sebutan dia sendiri tu, cute lah.. ” – Komen Netizen
Video ucapan selamat tahun baru daripada anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa buat ramai geram. Alahai, comel betul sebutan Afwa tu bunyi pelat-pelat, hehe..
Begitu pantas masa berlalu, tanpa kita sedari kini sudah pun memasuki tahun 2025. Meninjau ke unofficial account Instagram anak kepada penyanyi nombor satu negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Afwa, posting terbaru mengenai Afwa telah meraih perhatian ramai.
Sebuah video Afwa dengan ucapan selamat tahun baru telah dimuatnaik. Afwa yang memakai baju sejuk tebal dan bertopi berada di luar negara sedang bercuti bersama ibu dan bapanya. Gelagat Afwa dengan ucapannya sangat comel sekali.
Afwa mengikut apa yang disebut oleh ibunya, walaupun sebutan Afwa agak pelat. Apabila Afwa tersilap menyebut satu perkataan, Dato’ Seri Siti meminta Afwa menyebut sekali lagi dengan betul. Kali ini wajah Afwa sangat manis dengan senyuman.

Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Untuk info, Afwa merupakan anak kedua Dato’ Seri Siti bersama Dato’ Seri Khalid Muhammad Jiwa. Kini Afwa sudah berusia 3 tahun.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang geram melihat kecomelan Afwa. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Ah,Dato Siti dikurniakan dua cahaya mata yg cute dan cerdik. Haiii Hepy nyuw nyehh intan payong. Dafwa gemoy ganteng sehat selalu.. “
” Salam 1 Rejab buat Muhd Afwa yg shomeyyy intan payung ibuuu. Geram tau ngn budak debab ni.. Bijak Afwa Soo cutes.ya dari Nyaii Mah .. “
” Mcm ehsan intan payung la.. ololor nomey nomey.. Selamat Tahun Baharu Afwa anak solleh Intan Payung Mama Siti.. “
” Allah pipi … masyaallah afwa …nk tarik picit pipi tu bolh? Comel nya intan payung..muka bulat. mcm Abg Arif dia la… “
” Nak peluk skjp bole tak si comel nih… geram tul nenek tgk awak .. Ibu Sayang Intan Payung… Omeynya Afwa ..hepi new year Afwa.. “
” Haha comelnya Afwa. Gerammmm tgk. HNY Afwa .. gigi afwa ctklah auntie syg awak. Afwa comel intan payung. gigit pipi tu.. “
” Selamat Tahun Baru Afwa. Happy nyewwnyearr.. Ibu ni kannn hahahaha biarla Afwa dgn sebutan dia sndr tu cute laaaaa.. “
Comel sungguh Afwa dengan pipinya yang bulat dan labuh. Afwa banyak mewarisi wajah ibunya dan berkulit putih melepak. Semoga Afwa membesar dengan sihat, menjadi anak yang baik serta berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Muhdafwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen

