Artis / Selebriti
” Tengku Hassanal susun-susun bunga rampai atas bahu pulak dah. Adoi lawak lah.. ” – Komen Netizen
Video moment-moment mencuit hati ketika Istiadat Bersiram YAM Tengku Muhammad Iskandar dan YM Tengku Natasya buat ramai terhibur. Satu family suka mengusik tapi part Tengku Hassanal yang paling kelakar. Bunga rampai disusun-susunnya atas bahu pengantin, hehe..
Semalam telah berlangsungnya Istiadat Santap Nasi Adap-Adapan dan Istiadat Bersiram di Istana Abdulaziz, Kuantan. Ini sebagai penutup Istiadat Perkahwinan Diraja YAM Tengku Muhammad Iskandar dan YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.
Pelbagai moment menarik dapat dilihat ketika berlangsungnya istiadat itu. Meninjau entry di akaun Tiktok A.H, telah dikongsikan satu video suntingan yang memaparkan gelagat mencuit hati seisi keluarga diraja Pahang ini ketika menyempurnakan Istiadat Bersiram.
Gelagat Al-Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah menyiram anakanda mereka itu mencuit hati. Suasana semakin hangat dengan gelak ketawa Tengku Muhammad apabila kekandanya, Tengku Hassanal menabur bunga rampai dan menyiram.

Berbeza dengan orang lain, Tengku Hassanal menyusun bunga rampai di atas bahu Tengku Muhammad. Ada-ada sahaja perangai random Tengku Hassanal untuk mengusik adindanya ini. Tengku Liyana yang berada di belakang Tengku Muhammad tergelak melihat telatah Tengku Hassanal itu.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@a.h_ediitszz cute je 🤭🥰 #royalpahang #royalpahangfamily #pahangroyalfamily #istiadatperkahwinandiraja #tengkuarifbendahara #tengkumuhammad #tabtna #tabtasya
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Harmoni betul la family raja pahang ni… semua ada perangai random.. semua kelakar haha. banyak kali ulang pun tak jemu tengok.. “
” Memang satu family kelakar lah.. best je tengok.. memori yang indah ada family yang perangai kelakar macam ni.. “
” Alhamdulillah….. happy happy semua.. kita lihatpun rasa happy.. terbaik keluarga di Raja Pahang.. sangat suka keharmonian family ni.. “
” Best macam ni.. bukan selalu dapat peluang nak mengusik macam ni. meriahhh nyaa seronok tengok.. Tuanku Permaisuri nakal yeee.. tp tengku Hassanal lagi nakal kali ni.. “
” Kesian org kat blakang haha.. bagi tuah skit siram air pgantin mna yg blom kawin yg kat blkang.. ambik berkat sekali.. “
” Tengku Muhammad tunggu Tengku Hassanal kahwin nanti balas pulak ye haha.. Abang long nakal kembali, ayahanda dan bonda pun sama naik.. “
” Dia datang dengan susun-susun bunga rampai atas bahu pulak dh. Adoi lawak lah Tengku Hassanal. ini kalau kahwin nanti, tentu adik-adik sakat habis-habisan haha.. “
Satu keluarga diraja Pahang semuanya kelakar dan sporting. Ayahanda dan bonda suka menyakat, Tengku Hassanal juga sama. Tunggu lah apabila tibanya hari perkahwinan Tengku Hassanal nanti, pasti adinda-adinda akan membalas semua usikan kekanda mereka ini, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Tiktok A.H, IG Inaijari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” YB dah stress, dah tepuk dada. Sekali YB pun terkena prank Didi, haha.. ” – Komen Netizen

