Artis / Selebriti
” Wedding yang sangat tertib dan penuh adat, menarik sangat. Asyik tengok.. ” – Komen Netizen
Video Majlis Resepsi YAM Tengku Muhammad Iskandar dan YM Tengku Natasya di Yogyakarta, Indonesia. Wah ikut tradisi adat orang Yogyakarta kali ini. Unik sungguh adatnya. Sempat Tengku Hassanal gelak tengok gelagat adiknya, hehe..
Setelah selesai istiadat rasmi perkahwinan diraja di Istana Abdul Aziz Kuantan dan majlis resepsi di ST Regis, Kuala Lumpur pada bulan lalu, kini pasangan pengantin diraja, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar dan pasangannya, YM Tengku Natasya Tengku Adnan diraikan pula di kampung halaman Tengku Natasya di Yogyakarta, Indonesia.
Persiapan majlis resepsi ini dilakukan dengan cukup teliti demi memastikan majlis berjalan dengan lancar dan menepati selera pengantin. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Inaijari, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana ketika berlangsungnya majlis resepsi tersebut.
Royal Ambarrukmo Hotel menjadi pilihan keluarga pengantin perempuan untuk menyempurnakan majlis resepsi Tengku Natasya dan Tengku Muhammad. Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini, majlis ini adalah mengikut tradisi adat orang Jogjakarta.

Tengku Muhammad tampil segak dalam busana pengantinnya begitu juga Tengku Natasya yang cantik jelita. Adat jogja memang cukup berbeza dengan adat perkahwinan melayu. Pelbagai adat tradisi yang dilakukan oleh pengantin dapat dilihat dalam perkongsian ini.
Jom tonton video di bawah :
(klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@babysimah14 masjid TAB & TNA di yogjakarta 🤴👰 #tengkuhassanal #this7 #tengkumuhammadiskandarriayatuddinshah #tengkunatasyaadnan #royalpahangfamily #royalwedding
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Terlihat pengantin memakai busana Paes Ageng Jangan Menir.. betapa sangat sangat njawani sekali.. “
” Seronok tengok Tengku Hassanal ketawa tu.. pengantin segak dan cantikk.. lawanya makeup di sini. terus terserlah kecantikan Tengku Natasya.. “
” Cantiknya pelamin Tengku Muhammad dan Tengku Natasya.. Wedding yang sangat tertib dan penuh adat, menarik sangat. asyik tengok.. “
Majlis yang sangat menarik untuk ditonton kerana jarang dapat melihat perkahwinan diraja sebegini. Semua juga ceria lebih-lebih lagi Tengku Hassanal yang ketawa melihat telatah adiknya itu. Part Tengku Natasya mencuci kaki Tengku Muhammad pun unik.

Pastinya majlis resepsi ini menjadi sebutan dan digelar royal wedding of the year. Segala-galanya tampak gah dan mewah sekali. Apa-apa pun, semoga Tengku Muhammad dan Tengku Natasya berbahagia selalu dan perkahwinan mereka ini sentiasa dalam rahmat Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Inaijari, Tiktok R.A, Tiktok A.H, Tiktok Babysimah14
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

