Viral
” Tangan dia dah patah, dah nampak tulang. Beberapa saat kemudian, dia tak ada.. ” – Wafiy UPSI
Video podcast bersama salah seorang mangsa yang terselamat dalam nahas bas Gerik, Wafiy (UPSI) bercerita ketika kejadian berlaku buat ramai sebak. Suasana yang seram, mengerikan dan menyayat hati, sedihnya..
Meninjau ke akaun Instagram keluar.sekejap, sedikit sedutan sesi podcast bersama salah seorang mangsa yang terselamat dalam nahas bas Gerik iaitu Abdul Wafiy Kamarudin telah meraih perhatian ramai orang. Wafiy bercerita tentang ketika detik kejadian itu berlaku.
Menurut Wafiy, suasana ketika itu sangat seram dan mengerikan kerana ramai yang tercedera dan meninggal dunia di tempat kejadian. Malah rakan yang duduk di sebelah serta di belakangnya kesemuanya sudah tiada. Wafiy juga turut tercampak ke dalam longkang.
Antara moment yang tidak dapat dilupakan apabila salah seorang mangsa meminta tolong dengan keadaan tangan patah sehingga menampakkan tulang. Namun ajal tetap menjemputnya kerana beberapa saat selepas itu mangsa terus terdiam.

Perkongsian video ini telah menerima lebih tiga ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Tragedi ini pastinya tidak dapat dilupakan oleh Wafiy seumur hidupnya dan sehingga saat ini Wafiy masih berasa trauma.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Sangat bagus cara bercerita, semoga terus kuat. Salam takziah.. Terima kasih KS bawakan mangsa untuk menceritakan apa yang berlaku. Baru kami dapat tahu apa yang berlaku.. “
” Kesian diorang..masih dlm trauma.. Allahu Akbar.. Sedih sangat. And very tragic. Salam takziah.. Nak tgk full kat mana.. “
” Dik, bukan awak je yg trauma. Kami2 yg takde dlm bas, takde kat tmpt kejadian pun trauma nak bayangkan. Salam takziah, semoga awak & survivors lain cepat recover. Doa kami utk kamu semua.. “
” Well spoken. salam takziah.. suka dgr cara penceritaan dia..ciri2 seorg guru.. Alhamdulillah adik ni mesti xprnh terfikir dia msuk KS.. “
” Tkkn lupa peristiwa ni lebih kurang mcm kisah pelajar USAS 2022 yg meninggal accident kerta terbakar dlm perjalanan pulang ke kampus .. “
” Sebak betul nih… maybe interview asal takde muzik bagai tak terasa jiwa dikacau sangat kot… Allahummaghfirlahum warhamhum wa’afihim wa’fu’anhum buat semua yg telah pergi.. “
” Their life will never be the same, trauma nya, Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un. Allahumma jurni fi musibati, wa akhlif li khairan minha.. “
Wafiy sendiri juga tidak menyangka sapaannya kepada rakan-rakan yang sama-sama menaiki bas tersebut merupakan kali terakhir. Semoga segala urusan dipermudahkan buat Wafiy serta dapat mengurangkan rasa traumanya. Untuk video penuh, boleh menontonnya di Youtube Channel Keluar Sekejap.

Silakan SHARE..
Sumber : Instagram keluar.sekejap, Tiktok Buletin Tiktok, Youtube Channel Keluar Sekejap
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen

