Artis / Selebriti
” Surat last daripada Humairah tu terus berair mata saya.. ” – Netizen
Video Issey Fazlisham Begitu Sebak Membaca Kiriman Surat Anak-Anak Tirinya Di Hadapan Kaabah Yang Mengandungi Doa-Doa Buat Ramai Tersentuh. Alahai Sedihnya Dengar Doa Anak-Anak Issey !!
Umum mengetahui pelawak dan juga penyampai radio iaitu Issey Fazlisham telah pun menamatkan zaman dudanya bersama wanita pilihannya iaitu Noor Aimi Jamel yang merupakan ibu tunggal anak tiga. Hasil perkongsian hidup bersama, Issey dan Aimi telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Faaeq Fathian yang kini berusia satu tahun lebih.
Meninjau di akaun Tiktok, Issey telah berkongsi satu video yang memaparkan Issey berasa di Tanah Suci, Mekah. Menerusi video itu, Issey telah membawa surat yang dikirim oleh anak-anak tirinya, Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah untuk dibaca di hadapan Kaabah.
Surat pertama daripada Uqashah telah meminta Issey yang dipanggilnya dengan panggilan daddy mendoakan dipermudahkan urusan peperiksaannya serta menjadi anak yang soleh. Manakala surat daripadaa Qayyum pula meminta agar mendoakannya dapat masuk syurga dan menjadi seorang pemain bola.

Surat terakhir daripada anak perempuannya, Humairah telah mengundang sebak Iseey dan wargenet. Luah Issey di ruangan kapsyen, meskipun anak-anak ini bukan daripada dar4h dagingnya, Issey sangat menyayangi mereka lebih daripada dirinya sendiri dan mereka adalah segala-galanya baginya.
Tonton video di bawah :
@isseyfazlisham Walaupun mereka bertiga bukan dari darah daging saya, saya sayang mereka lebih dari diri saya sendiri. Daddy love anak anak daddy. Kalau Fathian dah pandai tulis, mesti dia tulis surat jugak. #gengissey
Di ruangan komen, selain meluahkan rasa sebak mendengar Issey membaca semua surat daripada anak-anaknya, ramai yang memuji Issey seorang bapa tiri yang sangat baik. Antara komen-komen menarik adalah :
” Surat last daripada Humairah tu terus berair mata saya.. Issey ni contoh bapak tiri yang baik.. Dia sangat ikhlas menjaga anak2 tiri.. “
” Kenapa dari setiap ucapan anak2 Issey buat saya mengalirkan air mata.. MasyaAllah, surat yang lastu tu memang sy dengar pun sedih.. “
” Nak tahu ikhlas ke x seseorang tu, Allah permudahkan semua urusan kalian.. Anak2 terima Issey lebhi dari seorang ayah kandung, barakahAllahhumma.. “
” Aamin semoga Allah perkenan dan makbulkan doa Issey dan anak2, amin.. Bapak tiri yang sangat2 bertanggungjawab, murah rezeki slalu.. “
” Aamin.. Kalau akak, memang tak mampu baca bagi habis, auto menagis terus.. Semoga makbul semua doa2 itu di hadapan Kaabah untuk anak2 smua.. “
” Napa aku pun menang1s juga, meremang bulu roma dengar, nampak sangat Issey ni bapa tiri yang baik, anak2 semua syg sangat dekat Issey.. “
” Baik hatimu wahai Issey, semoga Issey hidup dalam rahmat Allah Swt selalu.. Berapa beruntungnua isteri dan anak2 tiri dia.. “
Dari awal perkahwinan lagi, anak-anak tiri Issey memang manja dengannya, lagi-lagi Humairah. Banyak video gelagat anak-anak dikongsikan oleh Issey di akaun Instagram. Apa-apa pun semoga Issey terus menjadi bapa yang baik buat anak-anak dan terus bahagia bersama isteri tersayang hingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok @isseyfazlisham, IG isseyfazlisham
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

