Artis / Selebriti
” Sumpah menangis kita dengar kata-kata Datin tu.. ” – Komen Netizen
Sempena ulangtahun kelahiran anak sulungnya, Ammar Ahyan yang ke 18 tahun, perkongsian Datin Shahida buat ramai tersentuh. Sebaknya dengar kata-kata Datin, memang itu lah yang selalu mak-mak risaukan..
Meninjau di akaun Instagram milik Datin Shahida Dherbs, telah dikongsikan sebuah video istimewa yang memaparkan momen-momen kenangan bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan. Video tersebut menghimpunkan rakaman Ammar sejak kecil sehingga kini yang sudah meningkat dewasa. Perkongsian itu dibuat bersempena sambutan ulangtahun kelahiran Ammar yang ke 18 tahun.
Di ruangan kapsyen, Datin Shahida turut meluahkan rasa syukur dan kasih sayangnya sebagai seorang ibu terhadap Ammar. Luahan yang dititipkan itu jelas menggambarkan betapa besarnya pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu dalam membesarkan anak sehingga dewasa.
Menerusi video yang dikongsikan, Datin Shahida turut menyertakan kata-kata penuh makna buat Ammar yang kini melangkah ke alam remaja dan bakal menempuh pelbagai cabaran kehidupan. Datin Shahida turut meluahkan rasa risau jika apabila Ammar besar nanti, Ammar sudah tidak mempedulikannya lagi.

Perkongsian itu mengundang rasa sebak di kalangan warganet. Ramai yang mengakui tersentuh dengan luahan ikhlas Datin Shahida, selain memuji hubungan erat antara ibu dan anak yang dapat dilihat menerusi rakaman kenangan tersebut.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Knapa saya plak nangis dgr.. terbayang anak sulung sendiri.. Biasa lah kita mak2 ni kan, mudah touching.. Selamat hari lahir Ammar.. “
” Mama ckp sambil begenangg mata kan.. Slmt Hari Lahir Ammar Ahyan. Moga terus menjadi kebanggaan fmly.. Anak yang soleh buat mama dan abah.. “
” Menangis saya dengar ucapan dan luah an hati datin.Saya tengah merasa yang sama sekarang ni sebab tahun ni anak boy 12 tahun n nak masuk sekolah menengah dah tahun depan
” Rasanya apa yang mama ammar ucap ni.. adalah perasaan semua mak² yang anak lelakinya sangat rapat dan apa lagi sulong. Yang mula2 menyinari hidup .. HB Ammar.. “
” Kenapa saya yg banjir dkt sini Datin… Terasa mcm pesanan sendiri,anak lelaki dah la sorang je.. Sanah helwah Ammar. Semoga menjadi anak yg soleh, berjaya dunia & akhirat. Dgr suara Datin ‘hai Ammar.. Terus menitik air mata saya.. “
” Happy birthday ammar didoakan moga jd ank yg soleh ,sayangkan keluarga hingga kejannah ,berjaya dunia akhirat dan selamat dunia akhirat.. “
” Knp sy sayu hati ni, mgalir air mataaa dgr. MasyaAllah sdihhnyaaa lahaii bilaa anak2 da besar ni. Happy Birthdayyy Ammar, semoga Ammar terus menjadi anak yang baik, berjaya dunia dan akhirat.. “
Selain itu, ramai warganet turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada Ammar Ahyan. Mereka juga mendoakan agar Ammar terus membesar menjadi anak yang soleh, berjaya dalam kehidupan serta sentiasa membahagiakan kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti7 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

