Artis / Selebriti
” Sabar, sabar, Nabila tukar jadi hijau sat lagi haa.. ” – Sharnaaz Ahmad
Diasak komen supaya kembali bersatu dengan bekas suaminya Sharnaaz Ahmad ketika sedang live, respon Noor Nabila raih perhatian ramai. Ish, tak pernah lagi tengok Nabila marah macam ni. Sharnaaz pun boleh terdiam dengar kata-kata Nabila. Betul-betul marah ni..
Meskipun sudah beberapa tahun berpisah, Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila masih akrab dan menjalinkan hubungan yang baik sesama mereka. Mereka juga bersama-sama membesarkan anak tunggal mereka iaitu Jebat Jayden secara bergilir-gilir.
Beberapa hari lalu, Nabila dan Sharnaaz ada berkongsi beberapa gambar sedang bercuti bersama anak mereka, Jebat di luar negara. Perkongsian tersebut telah menjadi perbualan ramai. Ada yang mengatakan adakah Nabila dan Sharnaaz akan kembali bergelar pasangan suami isteri.
Meninjau di akaun Instagram milik Berita Kopak dan akaun Tiktok Milah Bunga, telah dikongsikan video yang memaparkan Sharnaaz dan Nabila sedang live di akaun TikTok. Pada ketika itu, Nabila dan Sharnaaz menerima komen daripada netizen yang mengatakan mereka sudah kembali bersatu gara-gara sedang bercuti bersama-sama anak mereka.

Dengan nada tegas, Nabila menafikan dakwaan tersebut dan memberikan teguran kepada segelintir netizen yang suka membuat andaian mengenai dirinya dan Sharnaaz. Dalam masa yang sama, Nabila berkata yang dirinya dan Sharnaaz sangat profesional dan tiada hubungan istimewa antara mereka.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyokong apa yang dikatakan oleh Nabila dan memuji sikap Nabila dan Sharnaaz yang masih mengekalkan hubungan baik demi anak mereka. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Betul setuju, Nabila cakap cakap je terus terang nanti tak sudah kena gosip kawan pun salah ayoooo diaorang ni memang tak blh tgk org yg cerai bahagia kot.. “
” Layan Live ni petang tadi kita selalu tgk Mamu akan cakap lepas kalau benda yg dia tak suka, sekali Bella sembur sedas pada semua, haha.. “
” Tu la engko netizen padam muka beria sgt nk keneng2 kan balik… Aku lagi selesa dorg berkawan dr berkahwin.. Tgk dorg berkawan sbb ank lagi bahagia.. “
” Marah smpai kembang hidongg, hahaha.. Boleh tahan garang si Nabila ni, hehehe terkebil2 mamu tau.. Kan dah mendapat netizen.. “
” Suka bonding Nabila & Sharnaaz. Demi anak diorg baik. Alhamdulillah. Kita orang luar ni, doa yang baik-baik sahaja untuk mereka ok.. “
” Bagus Nabila, kena juga cakap macam tu, kalau tak netizen ni bukan faham sangat.. Ada sahaja nk menyebok hal orang.. Sabar sahajalah.. “
” Better b friends forever.Baik sgt Bella.. Suh Sharnaaz kawin, bila dpt anak dia yg jaga, hahaa.. So happy tengok korang, tak pelah bahagia cara masing-masing ok.. “
Tak pernah nampak Nabila bercakap tegas seperti ini. Mungkin sudah lama Nabila memendam rasa dengan pelbagai komen negetif yang dilemparkan oleh netizen sehingga membuatkan Nabila bersikap seperti itu. Diharap dengan penjelasan dan teguran daripada Nabila tersebut, selepas ini tiada lagi yang masih bertanya mengenai hubungan istimewa Nabila dan Sharnaaz. Apa-apa pun, kita sama-sama kita mendoakan yang baik-baik buat Sharnaaz, Nabila dan anak mereka, Jebat Jayden.

Silakan SHARE..
Sumber :IG beritakopak, sharnaazahmad, TikTok milahbunga
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen

