Artis / Selebriti
” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen
Video anak lelaki Nourul Depp, Zachary Depp menyanyi lagu arwah Dato’ Haji Sudirman Haji Arshad, Joget Kenangan Manis raih pujian ramai. Fuh sedapnya Zach menyanyi lagu ni. Cara joget tu pun comel sangat..
Konsert For You Nourul telah pun berlangsung semalam di Zepp Kuala Lumpur. Sekian lama peminat tidak melihat persembahan Nourul Depp, kerinduan peminat terubat dengan konsert ini. Selain nyanyian Nourul yang hebat dan padu, persembahan istimewa daripada anak lelaki Nourul, Zachary Depp turut meraih pujian orang ramai.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan nyanyian Zachary semalam. Zachary mendendangkan lagu berjudul Joget Kenangan Manis nyanyian asal penyanyi lagenda, arwah Dato’ Sudirman Haji Arshad.
Persembahan ini menggamatkan lagi konsert tersebut dan rata-rata penonton terhibur melihat telatah Zachary di atas pentas. Untuk makluman, anak lelaki Nourul ini sememangnya meminati lagu Melayu klasik dan sudah biasa membuat persembahan di sekolah.

Satu persembahan yang penuh bersemangat daripada Zachary dan tahap keyakinan anak Nourul ini dipuji warganet. Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Zachary membuktikan dirinya berbakat dan mampu menyanyi dengan baik.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Nie baru betul anak melayu even lots of mix.. tahniah deq.. siapa suka tengok Zachery joget, look so cute.. “
” Ini baru layak masuk TTMM… boleh d asuh lg bg merelit merelap.. Good job Zachary Depp.. Anak dari darah campuran memang ada genes yg special katanya.. “
” Bagus Zachery, nyanyi x ada bunyi terth terth.. Well done Zac and good job. your rhythmic flow and your diction was superb.. “
” Boleh ni ttmm 3.. Hebat anak Nourul depp ni.. Confident level dia tu yg penting.. Hebatnya bila dia, masih lagi memakai baju melayu.. “
” Simple je baju melayu sampin.. dah ler handsome, suara pun best dengar.. joget tu cute betul.. “
” Hebat Zach,, suka tengok Zach joget, comel je. berani dia mengadap ramai penonton, kalau kita dah ketar lutut.. “
” Comel je dia mnari..xnmpk kaku pun kt ats pntas tu.. fasih bahasa melayu dia.. sopan je, lalu depan orang pun menunduk.. “
Zachery ada bakat menyanyi dan sekiranya bakat itu terus digilap, Zachery boleh menjadi sehebat ibunya suatu hari nanti. Apa-apa pun, tahniah Zachery kerana berjaya menyajikan satu persembahan yang hebat dan semoga Zachery berjaya dalam apa jua lapangan yang diceburi nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen

