Artis / Selebriti
” Bukan selalu dapat dengar suara Afwa, comel je.. ” – Netizen
Video Live Dato’ Seri Siti Nurhaliza Bersama Muhammad Afwa Raih Perhatian Ramai. Amboi, Afwa Siap Tunjuk Bakat Menyanyi Lagi !!
Meninjau ke satu akaun TikT0k, perkongsian sebuah video live Dato’ Seri Siti Nurhaliza bersama anaknya, Muhammad Afwa telah meraih perhatian ramai. Ini kerana Afwa telah menyanyi ketika Dato’ Seri Siti membuat sesi live bersama peminat.
Jarang sekali kita dapat mendengar suara Afwa dalam kebanyakan video yang dikongsikan di media sosial. Tetapi kali ini Afwa tanpa segan silu telah menyanyikan sebuah lagu kanak-kanak. Amboi, tunjuk bakat pula di hadapan peminat ibunya.
Dato’ Seri Siti pula melayankan sahaja gelagat Afwa yang ingin menyanyi. Afwa siap merapatkan mulutnya di mikrofon dan mengikut lagu yang didengarinya. Nampaknya Afwa mewarisi bakat menyanyi Dato’ Seri Siti. Comel betul suara Afwa.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 2 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai yang geram melihat gelagat Afwa yang selalunya nampak agak malu-malu. Tetapi berbeza dalam video kali ini apabila Afwa terus menyanyi.
Jom tonton video di bawah :
@sitism_era Sumpah comel!😂 #sitinurhaliza #live #afwa #siti #sitism #beuty #fypkids #fyp #fypシ
Di ruangan komen, ramai yang geram melihat gelagat comel Afwa. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Vokal afwa, bukan selalu dapat dengar suara Afwa comel je.. Afwa buat suara dimash.. alalalalalal comellll,, terlepas part niiiiii alaaaaaa.. “
” Comel, Weh dia boleh ikut wlaupun not the same key tp dia boleh.. best btoi layan live tok ti smlm.boleh tngok konsert tok ti dan afwa.. “
” Comel doh Afwa, aku rasa ni first time dgr suara dia.. Boleh lepas ni, Afwa nyanyi asfiyah iring muzik.. duo terhebat.. “
” Assalamualaikum night, muka Afwa macam Dimash Qudaebergen.. Suara dia da comeback nangis dgr huhu.. kita layan concert free smlm. nk hadir tk mmpu.. “
” Sebiji muka abg tirinya.. skali lagi tokti jd fyp teruss…konsert mlm tadi dkat umah teruss virall yew…loveee.. comel afwa.. “
” Muka afwa ni mcm Lee Min Ho versi kanak2.. eya eyayooo oooo uuuh iiiii sama mcm ibu dia gak… ada byk extended version.. “
” Aafiyah dari kecil diajar masuk kelas seni tapi Afwa dari kecil mmg prasan dah ada bakat suka menari/nyanyi.. handsomenya afwa.. “
Semakin Afwa membesar semakin comel dan handsome. Semoga Muhammad Afwa membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh serta berjaya dalam kehidupan. Mana tahu suatu masa nanti Afwa mengikut jejak ibunya menjadi penyanyi.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sitism Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti6 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen

