Artis / Selebriti
” Mek Yun dan Aisha Retno satu tempat kerja pula ye.. ” – Komen Netizen
Video seorang jururawat seiras dengan wajah Aisha Retno raih perhatian ramai. Wah, sebijik sama muka ye. Boleh pula sama tempat kerja dengan ‘kembar Mek Yun..
Sebelum ini, media sosial pernah kecoh dengan kemunculan seorang jururawat yang memiliki wajah seiras pempengaruh terkenal, Mek Yun. Namun siapa sangka, di tempat kerja yang sama, muncul pula seorang lagi jururawat yang dikatakan sangat mirip dengan penyanyi berbakat, Aisha Retno.
Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, ‘kembar’ Mek Yun atau Lily telah memperkenalkan rakan sejawatnya yang memiliki wajah seiras Aisha Retno. Ramai netizen begitu teruja apabila melihat wajah jururawat tersebut yang mempunyai persamaan ketara dengan pelantun lagu popular itu.
Malah ada yang berseloroh mengatakan wad berkenaan umpama tempat berkumpulnya artis dan influencer. Malah ada yang menganggap situasi tersebut seperti jalan cerita drama kerana menemukan dua individu yang seakan-akan ‘kembar’ walaupun tiada pertalian darah.

Jika dilihat dari sisi tepi ramai yang masih tidak dapat meneka siapakah yang dimaksudkan oleh jururawat Lily. Apabila rakannya menoleh terus terlihat wajah seiras Aisha Retno. Perkongsian ini menerima ribuan tanda suka daripada warganet.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Mek yun dan Aisha retno, Aisyah retno versi lepas raya.. mmg artis dan influencer berkumpul kat wad ehh.. Mcm lagi sama dengan mimi bodyguard tokti.. “
” Manis2 nurse Malaysia ni.. Ok pasni aisha retno dtg jumpa syira. hahaha. rezeki satu wad kembar. love your positive vibes.. “
” Adududu haha 1 tempat keje pulak yee. Entah² pengarah hospital ni mcm neelofa, TEMU version of Mek Yun and Aisha Retno.. “
” Macam DRAMA cina pulak,kembar yg terpisah. nowadays kita xpakai temu awak. Kita move on ke pinduoduo pulak.. “
” Kt hospital rmai kembar artis ye…hospital Tapah kembar Syafiq Kyle . Panggil cepat aisyah retno. Kembarnya kat spital.. “
” Hshahaha sape lagi kat spital tu kembar artisss. Haha, noh jd betuila kan org kata muka kita ada 7org sama dlm dunia ni.. “
” Ni aisya retro ni lawok aja na.. Nanti aisha retno reply DAMN SON..terhibur pagi2 ni… sihat2 selalu ya akak2 misi.. Seorang lagi mirip aishah nama dia.. “
Walaupun sekadar gurauan, video tersebut berjaya menceriakan pagi ramai pengguna media sosial yang terhibur melihat persamaan wajah kedua-dua jururawat dengan selebriti terkenal. Apa pun, selain wajah yang mencuri perhatian, dedikasi dan komitmen para jururawat dalam menjalankan tugas tetap menjadi perkara paling utama yang wajar dihargai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Lilycms
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga3 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry

