Artis / Selebriti
” Lebih 13 tahun bersahabat dan mengenali arwah, tetapi rezeki untuk bekerjasama tak pernah tertunai.. ” – Kashfi Zulkufli
Perkongsian pereka fesyen, Kashfi Zulkufli mengenai persahabatannya dengan arwah Siti Sarah Raisuddin undang sebak ramai. Kini impian Kashfi tertunai untuk anak arwah, Thalita..
Pereka fesyen terkenal, Kashfi Zulkufli meluahkan rasa syukur dan sebak apabila diberi peluang menyiapkan busana khas untuk Thalita, anak kepada arwah Siti Sarah. Momen ini begitu bermakna kerana ia bukan sekadar projek fesyen, tetapi sebuah janji lama yang akhirnya tertunai dalam cara yang tidak disangka.
Menurutnya, lebih 13 tahun bersahabat dan mengenali arwah, beliau pernah berjanji akan menghasilkan karya terbaik buat sahabatnya itu. Namun, rezeki untuk bekerjasama tidak pernah hadir sepanjang hayat arwah. Perasaan ralat dan kesal masih menyelubungi dirinya kerana impian itu tidak sempat direalisasikan ketika sahabatnya masih ada.
Namun, aturan Allah lebih indah. Walaupun tidak berpeluang berkarya untuk arwah, peluang itu kini hadir untuk legasi yang ditinggalkan iaitu Thalita. Baginya, ia bagaikan sebuah perjanjian yang ditetapkan Ilahi yang mengetahui apa yang terbaik pada masa dan cara yang paling sempurna.

Menerusi akaun Instagram, Kashfi telah berkongsi sebuah video ketika dia mengambil ukuran untuk membuat baju Thalita yang pastinya untuk program realiti Talk To My Manager pada minggu ini. Perkongsian ini telah menerima lebih tiga ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai netizen berasa sebak mendengar perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Terharunya kte dengan en kash..u sooo kinddd.. Semoga Allah membalas setiap kebaikan awak . Arwah ramai org sayang.. Alfatihah.. “
” Allahu sebaknya.. baju dekta this week mesti cantikk macam arwah ibu dia..xsabar nak tgu.. Arwah sentiasa d hati.Alfatihah.. “
” Nangis…..berkaitan Ngan aruah mesti mgalir airmata…. Alfatihah sarah.. Sya tak boleh la bab siti sarah ni mesti cry.. “
” You know what ? Her aura, tak pernah ya saya sedekahkan yassin every week untuk artis, biasanya hanya untuk family, but arwah siti sarah is the first one artis yang terselit namanya sampai sekarang .. “
” Saya xsuka perasaan mcm ni..semasa kk srah meninggal sya alami dugaan yg teruk sngt2.. arwah xde sya menangis ja sepanjang hri.. “
” Moga dipermudahkan urusan kashfi.zulkufli kashfizulkufli mencantikkan dekta..tq juga mummy iamwatie slalu siapkan dekta selayaknya dgn umur dia..insyaallah Juara.. “
” Abg nak sedih,sedih je la sorang..jgn ajak sy sedih skli ganti balik air mata sy. Bagusnys iamwatie,kesinambunga ibu mithali arwah sarah.. “
Apa yang tidak sempat dihadiahkan kepada arwah, kini terzahir indah melalui legasi yang ditinggalkan. Kami di Berita Kopak mengucapkan semoga berjaya buat Thalita untuk persembahan pada minggu ini, semoga terus bersinar dengan penuh keyakinan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kashfi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

