Artis / Selebriti
” Eh dah bertunang ke, lawa tunang Abang Viva.. ” – Netizen
Video Temubual Ekslusif Bersama Abang Viva, Azwan Omar Dan Tunangnya, Eva Noza Raih Perhatian Warganet. Wah Sudah Ada Peneman Pergi Misi Selepas Ini. Cantik Dan Manis Orangnya !!
Nama Abang Viva cukup tersohor di kalangan warganet dan disebut sebagai wira tak didendang dek kerana usahanya membantu mangs4 banj1r di Selangor sebelum ini. Datang sebagai orang biasa bermodalkan hanya RM50 dan menggunakan kereta Vivanya, usaha murni Azwan dipuji ramai.
Meninjau akaun Instagram Majalah Nona, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual ekslusif antara pihak Nona bersama Azwan. Turut sama ada bersama adalah tunang Azwan bernama Eva Noza.
Ditanyakan tentang aktivitinya kini, Azwan memberitahu dirinya kini sedang sibuk dengan NGO Pertubuhan Gerakan Kebajikan Abang Viva. Azwan juga baru sahaja selesai mengambil kursus APM dan bakal mengambil kursus lanjutan.

Azwan turut memaklumkan perancangannya untuk mengadakan van pesak1t dan ianya akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan secara percuma. Tunang Azwan, Eva juga aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan kali pertama mereka turun bersama ketika misi Baling baru-baru ini.
Jom tonton video di bawah :
Posting ini telahpun mendapat perhatian daripada warganet dan antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Cantik bakal orang rumah Abang Viva ni. Teruskan usaha kebajikan, happy for you bro.. “
” Eh dah bertunang ke, tahniah abang Viva. Lawanya tunang Abang Viva, semoga berbahagia di samping tubang dan selamat ke jinjang pelamin.. “
Sama cantik sama padan, tambahan lagi kedua-duanya aktif dalam projek kebajikan tentu lebih seronok nanti bila dapat melaksananya bersama-sama. Seperti kata Eva, tidaklah ibunya r1sau jika Eva ikut serta ke mana-mana kerana tunangnya ada bersama.

Apa-apa pun, semoga segala usaha dan perancangan Azwan untuk NGO nya ini dipermudahkan dan lebih ramai lagi orang dapat dibantu apabila mus1bah berlaku. Tahniah atas pertunangan ini dan semoga cepat ke jinjang pelamin.

Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Majalah Nona, Youtube Channel Majalah Nona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen

