Connect with us

Artis / Selebriti

” Baiknya dia, orang kaya tapi still hargai hadiah dari fans dan hargai orang lain.. ” – Komen Netizen

Video reaksi Cik B ketika menerima hadiah hari lahir daripada ahli kelab peminatnya buat ramai tersentuh. Tak sangka sampai macam tu respon Cik B..

Sambutan hari lahir anak kepada usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida iaitu Cik B baru-baru ini berlangsung meriah apabila diraikan oleh kelab peminat setianya, Cik B Squad. Menerusi perkongsian di media sosial, Cik B meluahkan rasa syukur dan terharu atas segala usaha serta sokongan yang diterimanya sepanjang perjalanan kerjayanya sehingga hari ini.

Dalam majlis tersebut, Cik B turut menerima pelbagai hadiah daripada para peminat. Menariknya, beliau menghargai setiap pemberian yang diterima tanpa mengira nilai, saiz atau harga hadiah tersebut. Semuanya Cik B menerima dengan begitu gembira.

Sikapnya yang tidak memilih dan sentiasa menghargai keikhlasan peminat mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen memuji keperibadian Cik B yang disifatkan sebagai seorang yang merendah diri serta tahu menghargai usaha orang lain.

Walaupun berasal daripada keluarga yang berada, Cik B tetap menunjukkan sikap sederhana dan tidak memandang nilai material semata-mata. Baginya, ingatan dan kasih sayang yang diberikan oleh peminat adalah hadiah paling bermakna.

Jom tonton video di bawah :

@cikb_bossb

Alhamdulillah terima kasih semua yang support Cik B hingga ke harini and terima kasih sangat sangat @Cik B Squad !! Korang memang paling best!! #tiktokmalaysia #bsquad #cikbsquad #talktomymanager #cikb

♬ Happy Birthday to You acoustic guitar – C_O

Ruangan komen turut dibanjiri ucapan selamat hari lahir serta doa-doa yang baik buat Cik B. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Satu je nak tanya why ada yg tak suka kat dia ni,see baiknya dia org kaya tapi still hargai hadiah” dari fans n hargai org lain.. “

” Happy Birthday Cik B, semoga kekal sihat, dipanjangkan usia dan bahagia selalu. very humble & low profile, lurveee CikB.. “

” Hpy bdy cik b smoga pnjg umur sihat slalu dn bjaya dunia akhirat Aamiin, saya pun suka cik B,cik B seorang anak yang hebat.. “

” Happy Belated Cik B… Doakan kami murah rezeki dari Allah Taala yg mewah dan x menyusahkan… Aamiin.. Lawaklah cik b..  “

” Happy Birthday Cik B… semoga dimurahkan rezeki selalu.. sifat Cik b yg hamble dan perihati pada masyarakat sekeliling itu yg disenangi dan disygi ramai..moga Allah sentiasa merahmati ank hebat ini.. “

” Hepy belated cik b…org support cik b bcoz ur character yg humble n ank yg baik pd mama u….keep jd org yg merendah diri cik b…n may u hepy always with ur mom n brother.. “

” Semua orang syg kamu nak selamat dunia n akhirat.. selamat insan yg BERNAMA cik B.. Ada adik dafia dimana². Sanggup dia datang dari jauh.Sayang sangat dia pada cikb.. “

Semoga sambutan penuh bermakna ini menjadi kenangan indah buat Cik B, dan semoga Cik B terus dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah serta kasih sayang yang berpanjangan daripada keluarga dan para peminat setianya.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Cik B

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Dugro Sure Plus

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
🎬 Hiburan: Hiburan⚽ Olahraga: OlahragaPendidikan💰 Ekonomi: Ekonomi🏛️ Politik: Politik📰 Berita💻 Teknologi: Teknologi🏥 Kesehatan: Kesehatan
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized